Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tonggak tengah skuad kebangsaan Filipina, Adam Michael Reed atau Adam Tull dilaporkan bakal menyertai skuad tok gajah bagi mengisi kuota pemain import Asia Tenggara dalam saingan Liga Malaysia musim 2020.

Meskipun tiada pengumuman rasmi daripada media sosial Pahang FA, namun beliau sudah pun turun menjalani latihan bersama skuad kendalian Dollah Salleh itu di padang Taman Gelora, Kuantan semalam.

WhatsApp Image 2020-01-27 at 6.11.11 PM

FOTO: Penyokong Pahang

Pemain yang berdarah kacukan Filipian dan England itu pernah menyertai beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris di awal karier antaranya Sunderland, Bradford dan Portsmouth.

Kemudian beliau berhijrah ke Filipina untuk menyertai Kaya FC pada tahun 2017 dan Davao Aguilas pada 2018. Pada musim 2019, beliau beraksi dalam saingan Thai League 1 bersama kelab Chainat Hornbill.

Vietnam-v-Phils

Aksi Adam Reed dalam saingan Piala AFF Suzuki.

Adam juga mempunyai 10 kaps dengan skuad kebangsaan Filipina dan pernah mewakili negara itu dalam saingan Piala Asia 2019 dan Piala Suzuki AFF pada tahun 2018.

Beliau akan menggantikan tempat Safuwan Baharuddin yang menyertai Selangor dan dijangka membuat penampilan pertama dalam perlawanan persahabatan menentang UiTM FC di Stadium Temerloh pada hari esok.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Pahang pada musim 2020.

Pahang Rangers Jalin Kerjasama Dengan Kelab Terkemuka Sepanyol, Levante UD

Laman Twitter Rasmi Digodam, Media Pahang FA Buat Laporan Kepada Pihak Berkuasa

Satiananthan Tetap Anggap Pahang Pencabar Terkuat Liga Super 2020 Walaupun Senyap

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group