Malang menimpa pemain tengah skuad kebangsaan China, Yu Hanchao apabila ditamatkan kontrak oleh Juara Liga Super China, Guangzhou Evergrande selepas didapati melanggar peraturan kelab dengan menggunakan plat nombor palsu pada keretanya.

Memiliki lesen memandu dan plat nombor palsu pada kereta merupakan satu kesalahan jenayah di negara China.

Pemain yang berusia 33 tahun itu ditahan oleh pihak polise selepas satu video rakaman mengenai tindakannya menukar nombor plat kereta Mercedes Benz telah tular di media sosial sejak hari selasa lepas.

Dengan kesalahan itu, Yu kini berada dalam penjara selama 15 hari dan didenda sebanyak 5,000 yuan (RM3089).

Menurut kenyataan rasmi daripada Guangzhou Evergrande, Yu yang masih mempunyai kontrak selama setahun telah dibuang dari kelab itu kerana melanggar salah satu “sembilan peraturan” kelab yang boleh digunakan untuk melepaskan pemain.

South China Morning Post melaporkan Yu dipercayai menukar nombor plat keretanya di wilayah Liaoning kerana bandar Guangzhou mempunyai sekatan yang amat ketat terhadap kemasukan kenderaan dari luar kota.

Kenderaan dengan nombor lesen yang dikeluarkan di luar Guangzhou hanya boleh memandu di jalan raya selama empat hari berturut-turut, maka mereka mesti berhenti selama empat hari sebelum memandu ke wilayah lain. Yu cuba mengubah huruf E ke F untuk mengelakkan sekatan jalan raya.

470a0070-7eba-11ea-8736-98edddd9b5ca_1320x770_120147
FOTO: Sina Sports

Laporan daripada akhbar China turut menyebut Yu mungkin akan bersara daripada sukan bola sepak selepas insiden tersebut bukan kerana kelab tidak mahu mengekalkan khidmatnya tetapi disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya sehingga menganggu rentak permainannya.

Yu telah beraksi dengan skuad China sejak tahun 2009 dan beliau sempat mewakili negaranya dalam kejohanan Piala Asia 2015 dan 2019.

f4de9ac2-7eb9-11ea-8736-98edddd9b5ca_1320x770_120147
Aksi Yu Hanchou ketika menentang Qatar dalam kelayakan Piala Dunia 2018. FOTO: AFP

Evergrande memang terkenal dengan dasar tidak masuk akal mereka terhadap mana-mana pemain yang tidak berkelakuan baik.

Pada bulan Mac lepas, penyerang import Brazil yang baru menyertai kelab itu, Fernando Henrique turut didenda 3 juta yuan kerana tidak mematuhi arahan kelab dan jurulatih.

Liga Super China yang ditangguhkan sejak Februari lalu kerana wabak pandemik COVID-19 sehingga kini masih belum ada tarikh rasmi untuk kembali bersambung.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Diogo Luis Santo Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik Pilihan Theerathon Bunmathan

Media Thailand ‘Berpakat’ Beri Petua Bagaimana Vietnam Boleh Tewaskan Malaysia Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022

Fabio De Lima Sah Jadi Pemain Naturalisasi Ketiga UAE