Pemain dari Singapura terus mendapatkan perhatian daripada kelab Liga Thailand apabila baru-baru ini pemain pertahanan senior, Baihakki Khaizan menyertai pemenang Thai League Cup, PT Prachuap bagi menghadapi saingan musim 2020.

Baihakki, yang pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim menyertai PT Prachuap daripada Trat FC dimana pemain berusia 36 tahun itu membantu Trat menamatkan saingan Thai League 1 di tangga ke-10 musim 2019 lalu.

Sebelumnya, Baihakki Khaizan beraksi dalam saingan Thai League 2 bersama Udon Thani secara pinjaman daripada Muangthong United selama 10 bulan.

Selain menandatangani Baihakki, PT Prachuap turut menandatangani seorang lagi pemain pertahanan dari rantau Asia Tenggara iaitu pemain skuad kebangsaan Indonesia, Rudolof Yanto Basna yang mana pada saingan musim lalu beraksi bersama Sukhothai.

Bagi mengukuhkan barisan serangan, Prachuap menandatangani pemain dari Korea Selatan berusia 31 tahun, Yoo Jun-Soo dari Pohang Steelers.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Thailand di sini:

11 Pemain Dari Filipina Berjaya Tambat Hati 8 Kelab Dalam Saingan Thai League 1 Musim 2020

49,164 Helai Jersi Terjual Pada Hari Pelancaran, Kelab Buriram United Jana Pendapatan RM4.65 Juta.

FA Thailand Beri Dana Tambahan RM2.33 Juta Kepada Kelab Thai League 2 Untuk Tujuan Pembangunan