Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan menyatakan pemainnya perlu menjaga berat badan ketika penangguhan Liga Malaysia jika tidak mahu elaun dipotong.

Menurut Satia, hukuman pemotongan elaun itu sememangnya sudah termaktub dalam kontrak pemain dan mereka harus berdisiplin dengan aktiviti senaman yang sudah dirangka oleh staf kejurulatihan pasukan.

Pemain

Sumber Gambar: Stadium Astro

“Saya tak beri apa-apa denda atau peringatan kepada pemain kerana di dalam kontrak memang diwajibkan untuk mereka sentiasa kekal cergas dan menjaga berat badan.

“Kalau berat badan naik dalam tempoh ini (PKP), elaun mereka boleh dipotong oleh pengurusan pasukan kerana tidak mematuhi peraturan pasukan.

“Tapi, saya percaya pemain tahu apa yang perlu dilakukan. Malah, setiap hari mereka harus berkongsi video latihan di rumah untuk rekod pasukan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pemain

Sean Selvaraj, salah seorang penyerang Selangor. Sumber Gambar: FA Selangor

Tambah Satia, staf kejurulatihan akan menilai berat badan pemain apabila mereka kembali menyertai sesi latihan sejurus penangguhan berakhir.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menangguhkan saingan Liga Malaysia yang mula dihentikan pada 16 Mac lalu setelah kerajaan menyambung Peringkat Kawalan Pergerakan (PKP) kepada 14 April.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Ini Pendirian PFAM Berhubunga Isu Gaji Dan Kontrak Pemain Liga Malaysia

Pemain Rayu Agar Pengurusan Pasukan Tidak Laksanakan Pemotongan Gaji

Datuk Hassan Sani: Semua Pihak Perlu Bertimbang Rasa

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group