Pemain sayap skuad kebangsaan China, Wu Lei rela mengambil potongan gaji sekaligus menyambung kontrak selama lima tahun bersama kelab Sepanyol, RCD Espanyol dalam saingan Segunda Division musim hadapan.

Perkara ini sekaligus menamatkan spekulasi yang mengaitkan Lei dengan perpindahan ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dimana dua kelab Wolverhampton Wanderers (Wolves) dan Watford dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Tiga pemain iaitu Lei, Diego Lopez dan Didac Vila bersetuju untuk mengambil potongan gaji bagi menyesuaikan dengan peraturan salary cap yang dikenakan dalam saingan divisyen kedua bola sepak Sepanyol itu.

Salary cap dalam saingan La Liga musim lalu ialah sebesar €69 Juta atau RM343.4 Juta semusim. Segunda Division pula mempunyai had yang lebih rendah sekaligus memaksa pasukan untuk tidak berbelanja terlalu tinggi.

Tindakan Wu Lei ini mendapat pujian dimana beliau bukan sahaja sanggup untuk mengambil potongan gaji, malah beliau berazam untuk membantu Espanyol kembali semula ke La Liga setelah tersingkir dari saingan tersebut apabila menduduki tangga tercorot dalam saingan musim 2019/2020.

“Sasaran utama kami ialah kembali ke La Liga secepat yang mungkin dan kami yakin dapat mencapai sasaran tersebut kerana kami mempunyai kemampuan,” kata Lei.

Baca artikel lain mengenai pemain Asia yang beraksi di Eropah di sini:

Takefusa Kubo Sertai Villarreal Secara Pinjaman, Bakal Isi ‘Lompong’ Yang Ditinggalkan Santi Cazorla

Kerana Gaji Terlalu Tinggi, SC Heerenveen Tidak Sambung Kontrak Doan Van Hau

Senarai 10 Pemain Asia Termahal Bagi Musim 2019/2020