Jude Bellingham kini dinilai berharga €150 juta oleh Borussia Dortmund. Itu merupakan harga yang harus dibayar mana mana kelab yang mahukan pemain itu pada jendela perpindahan akan datang.

Dortmund yakin pemain itu ketika ini bukan pada nilai €150 juta namun selepas Piala Dunia 2022 akhir tahun ini, harga pemain muda Inggeris itu akan melonjak sehingga ke angka €150 juta.

Bellingham €150 juta

Dortmund meletakkan angka tersebut sebagai isyarat bahawa mereka tidak terdesak untuk menjual Jude Bellingham.

Ini bukanlah perkara baru di Dortmund. Meletakkan harga pemain pada angka tidak masuk akal. Sebelum ini mereka pernah meminta €120 juta untuk Sancho daripada Manchester United.

Namun akhirnya pemain itu berlepas pada harga €85 juta selepas memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak di Signal Iduna Park.

Pemain remaja yang beraksi di bahagian tengah, Jude Bellingham berkata, dia tidak berminat untuk berpindah ke mana mana kelab. Dia dikaitkan dengan hampir setiap kelab yang besar terutama sekali di England.

Liverpool antara pasukan yang dikatakan terdesak mahukan pemain itu kerana krisis kecederaan bahagian tengah yang terus menghantui pasukan itu.

Selain itu kelab seperti Real Madrid dan Manchester City juga dikaitkan dengan minat ke atas Jude Bellingham.

Jude Belligham gembira di Dortmund

Bercakap selepas dia membantu Dortmund mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan keputusan seri 0-0 di tempat sendiri menentang Manchester City, Bellingham berkata dia lebih fokus kepada perlawanan.

Dengan jumlah perlawanan yang banyak pada masa ini bermakna sukar untuk dia memikirkan soal lain termasuk isu berkaitan masa depan dan perpindahan.

“Sejujurnya, saya tidak memikirkan perkara seperti itu. Anda [media akan marah kepada saya kerana anda tidak akan mendapat tajuk utama daripada temuramah ini, tetapi saya hanya fokus pada perlawanan seterusnya dengan Borussia Dortmund,” kata Bellingham lewat pada Selasa.

“Saya langsung tidak memikirkan tentang Piala Dunia. Saya cuba memenangi perlawanan dengan Borussia Dortmund dan kemudian kita lihat apa yang berlaku.”

Bellingham, yang dilaporkan berharga €150 juta berharap persembahannya baru-baru ini akan memberikannya sedikit rehat dalam perlawanan terakhir kumpulan Liga Juara-Juara Dortmund, dengan penggiliran skuad selepas berhempas pulas untuk mara ke kalah mati UCL.

“Mudah-mudahan saya dapat berehat sedikit di Copenhagen, tetapi anda semua boleh bertanya (pengurus) Edin (Terzic) untuk saya tentang perkara itu,” Bellingham ketawa.

“Perlawanan liga yang lain adalah sangat penting dan kami perlu mempersiapkan diri untuk tahun baharu,” tambah Bellingham yang berharga €150 juta menurut laporan dari Jerman.

Selain bermula dari bangku simpanan minggu lalu sebelum masuk untuk menang dan menjaringkan penalti kemenangan perlawanan menentang Hannover dalam Piala Jerman, Bellingham telah bermain setiap minit dalam setiap perlawanan musim ini — satu-satunya pemain Dortmund yang melakukannya.

Harga Jude Bellingham €150 juta menurut laporan

Penjaga gol Gregor Kobel, yang menyelamatkan sepakan penalti pada separuh masa kedua daripada Riyad Mahrez dari City untuk memastikan Dortmund mengesahkan kelayakan Dortmund.

Ini bermakna perlawanan Copenhagen minggu depan “bukan lagi kalah mati” untuk mereka.

“Adalah sangat, sangat penting kami akhirnya mendapat ganjaran untuk prestasi kami [dengan kemenangan] untuk sekali,” kata Kobel.

Bellingham memuji penyokong tuan rumah kerana sokongan mereka ternyata mampu memberikan kelebihan kepada pasukannya, sambi berkata pelawat “terkejut” dengan sokongan tuan rumah.

“[Peminat] sungguh sukar dipercayai. Malah pemain City juga terkejut,” kata Bellingham.

“Anda boleh lihat [pada wajah mereka] betapa gembiranya mereka menyaksikan sesuatu seperti itu.

“Saya pernah katakan sebelum ini, ia bukan [hanya] stadium atau kumpulan peminat, ia seperti satu pengalaman.”