Pemain Liga Malaysia menyuarakan pendapat dimana mereka kurang bersetuju sekiranya pasukan memotong gaji mereka lantaran saingan yang terpaksa ditangguhkan kerana penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Salah seorang pemain, Muhammad Gopi Rizqi yang beraksi bersama pasukan Pahang musim ini berpendapat pemain tidak sepatutnya menjadi mangsa walaupun persatuan dan kelab berdepan masalah kewangan.

Pemain

Sumber Gambar: Pahang FA

“Secara peribadi saya tidak bersetuju persatuan dan kelab bertindak memotong gaji pemain kerana ia akan memberi kesan kepada barisan pemain hingga dapat menjejaskan prestasi mereka.

“Pemain yang meraih pendapatan tinggi tidak akan terkesan apabila gaji mereka dipotong namun bagi yang mendapat gaji agak rendah, berapa sahaja baki yang tinggal untuk dibelanja bagi menyara keluarga,” kata Gopi menurut laporan Harian Metro.

Tambah Gopi, perbincangan perlu diadakan antara pemain, pegawai serta pasukan bagi mendapat persetujuan dan jumlah potongan yang sesuai dibuat.

Pemain

Sumber Gambar: MUSA

Seorang lagi pemain, Ahmad Syamim Yahya turut senada dengan Gopi dimana beliau berpendapat persatuan dan kelab perlu berusaha untuk mengisi tabung mereka.

“Selepas memberi sepenuh perhatian terhadap pasukan akhirnya gaji dipotong, rasa kecewa dan marah pasti berlaku walaupun tidak ucap dengan kata-kata.

“Saya berharap episod gaji pemain dipotong berikutan PKP yang berpunca daripada wabak Covid-19 tidak berlaku, persatuan dan kelab perlu berusaha mengisi tabung kewangan mereka bermula dari sekarang,” ujarnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Datuk Hassan Sani: Semua Pihak Perlu Bertimbang Rasa

Pemain JDT Sumbangkan Sebahagian Gaji Untuk Bantu Mangsa Wabak COVID-19

Melaka Adalah Pasukan Yang Miliki Purata Umur Pemain Paling Tua Dalam Saingan CIMB Liga Super 2020

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group