Barisan pemain Petaling Jaya City FC dilaporkan tidak sehaluan dengan ketua jurulatih pasukan, K.Devan disebabkan taktikal yang digunakan oleh jurulatih itu sepanjang perlawanan pra musim.

Menurut laporan Harian Metro, masalah antara pemain yang tidak berpuas hati dengan K.Devan kini sudah sampai ke kemuncak.

“Pemain tak berpuas hati dengan jurulatih atas sebab taktikal serta sikap tak adilnya kepada pemain utama yang baru ditandatangani untuk musim ini.

“Masalah ini dah sampai ke pengetahuan pengurusan tertinggi pasukan dan jurulatih diberi peluang buktikan yang dia mampu bimbing pasukan dengan lima aksi awal Liga Super sebagai pemerhatian.

“Pihak pengurusan bimbang sebab semua pemain lahirkan rasa kurang senang dan risau pasukan tak pamerkan aksi terbaik hanya kerana jurulatih,” kata salah seorang sumber.

Pemain
Sumber Gambar: PJ City FC

PJ City akan memulakan saingan Liga Super musim ini menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada Ahad depan.

Musim lalu, PJ City menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-8 dengan mengutip 26 mata.

Baca artikel lain mengenai pasukan Petaling Jaya City FC di sini:

Mark Hartmann Kembali Semula Ke Liga Malaysia Sertai PJ City FC

Amer Saidin Beraksi Bersama Petaling Jaya City FC Musim Hadapan?

Safee Sali Kekal Bersama Petaling Jaya City FC Musim Hadapan