Kelab Bola Sepak Sri Pahang FC (SRP) hari ini mengumumkan telah menandatangani pemain pertahanan dari Uzbekistan, Sherzod Fayziev Naimovich untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut kenyataan rasmi, pemain yang berusia 30 tahun ini akan mengisi tempat pemain import dari Perancis, Johan Martial yang tidak dapat meneruskan khidmat dengan Sri Pahang kerana mengalami kecederaan.

Sebagai rekod, Fayziev sebelum ini pernah mewakili beberapa kelab tempatan di Uzbekistan antaranya Metallurg Bk, AGMK Olmaliq, Sogdiana dan Lokomotiv Tashkent merupakan kelab terakhirnya sebelum menyertai Sri Pahang.

Walaupun ini adalah kali pertama Fayziev bermain di luar Uzbekistan di sepanjang kariernya, pemain pertahanan tengah ini hadir dengan pengalaman luas, pernah bermain di Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama kelab lamanya selain mempunyai beberapa kaps antarabangsa.

Selain Fayziev, Tok Gajah juga bakal diperkuatkan oleh 2 pemain import baharu iaitu Kevin Ingreso dari Filipina dan Andres Steven Rodriguez dari Colombia. Mereka juga berjaya dapat khidmat pemain tempatan dari TRW Kelantan, Mior Dani secara pinjaman.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Steven Rodriguez Tak Sabar Sarung Jersi Sri Pahang

Pemain Tengah Thailand, Sanrawat Dechmitr Sah Sertai Kedah Darul Aman

MFL Lancar Bola Sepak Fantasi Rasmi Pertama Liga Malaysia

Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan

Zainal Abidin Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Penang