Kelantan United FC telah mengumumkan pemain import terbaharu mereka 2 hari yang lalu apabila membawa masuk seorang pemain pertahanan Jepun yang dikenali sebagai Shuhei Fukai dari kelab Vanraure Hachinohe.

Tidak ramai yang mengenai pemain ini sebenarnya kerana beliau banyak beraksi dalam saingan divisyen 3 Jepun atau lebih dikenali sebagai J3 League.

VOCKETFC cuba untuk memberikan sedikit gambaran untuk diperhatikan terutamanya kepada penyokong pasukan Kelantan United FC mengenai Shuhei Fukai.

Screenshot 2021-02-08 at 12.08.27 AM

Pemain pertahanan ini sebenarnya merupakan produk akademi kelab J2 League iaitu Omiya Ardija dimana beliau pernah beraksi untuk skuad bawah 15 tahun dan 18 tahun kelab itu sekitar tahun 2010 hingga 2015.

Selepas itu, Shuhei Fukai tidak memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Hokuriku Universiti dan ketika pada tahun akhir, beliau telah diberikan satu pelepasan khas oleh JFA untuk disenaraikan sebagai pemain kelab Zweigen Kanazawa yang pada ketika itu beraksi dalam saingan J2 League.

Tiada sebarang penampilan bersama Zweigen Kanazawa, Shuhei Fukui berpindah ke pasukan J3 League iaitu Blaublitz Akita pada musim 2016.

Berikut adalah statistik ringkas penampilan beliau dalam aksi J3 League sejak tahun 2016;

Blaublitz Akita:

  • Musim 2016: 14 penampilan & 1,140 minit masa bermain.
  • Musim 2017: 24 penampilan & 2,029 minit masa bermain.
  • Musim 2018: 2 perlawanan & 17 minit masa bermain.

Iwate Grulla Morioka;

  • Musim 2019: 24 perlawanan & 2,127 minit masa bermain.

Vanraure Hachinohe;

  • Musim 2020: 21 perlawanan & 1,700 minit masa bermain.

Secara keseluruhannya, Shuhei Fukui telah merekodkan masa bermain selama 7,013 minit dalam tempoh 5 musim terkini bersama pasukan-pasukan dipentas J3 League.

2018-01-01-j3jpg_1v4r1m8ws3o5718yrapi2evpd1

Beliau pernah menjulang kejuaraan J3 League pada musim 2017, namun disebabkan isu perlesenan kelab (masalah stadium tidak menepati syarat) pada ketika itu Blaublitz Akita FC terpaksa ‘melepaskan’ slot tersebut kepada pasukan naib juara Tochigi SC untuk naik ke saingan J2 League.

Dengan memiliki ketinggian 182 cm, Shuhei Fukai dijangka akan mengetuai barisan pertahanan Kelantan United yang mungkin sudah dirancang oleh pengendali Akira Higashiyama.

Inilah serba sedikit latar belakang pemain import baharu Kelantan United dari Jepun, Shuhei Fukai untuk rujukan para peminat serta penyokong kelab itu menjelang aksi Liga Perdana musim 2021 ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Bekas Jurulatih Berkongsi Kisah Bagus Kahfi Dan Hamsa Lestaluhu Ketika Beraksi Untuk Frenz United

Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013

Masashi Motoyama Berlepas Dari Jepun Hari Ini, Pakai Jersi No.10 Kelantan United Musim 2021