Pemain skuad kebangsaan Filipina terus mendapat kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 1 apabila baru-baru ini pemain pertahanan The Azkals, Carli de Murga sah menyertai Chonburi FC.

Perkara ini disahkan oleh pengelola Liga Thailand, Thai League menerusi laman media sosial rasmi Instagram badan tersebut. Pemain kelahiran Sepanyol berusia 32 tahun itu dikhabarkan menandatangani kontrak selama setahun bersama Chonburi.

Carli de Murga beraksi dalam saingan Liga Filipina sejak 2012 dan beliau telah berjaya memenangi tiga kejuaraan Philippines Football League (2017, 2018 and 2019) dan satu kejuaraan Copa Paulino Alcantara pada 2019 ketika beraksi bersama Ceres-Negros.

Selepas beraksi lebih 100 perlawanan bersama Ceres, Carli memutuskan untuk mencari cabaran baharu dan beliau menerima tawaran yang diberikan oleh Chonburi. Dalam saingan Thai League 1 musim lalu, Chonburi menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Carli de Murga
Sumber Gambar: Xinhuanet

Pemain yang telah beraksi sebanyak 44 kali bersama pasukan kebangsaan Filipina itu akan menyertai rakan sepasukan yang lain seperti Michael Falkesgaard (Bangkok United), Kevin Ingresso (Buriram United), Alvaro Silva (BG Pathum United), Daisuke Sato (SCG Muangthong United), Martin Steubel (Port FC), Jesse Curan (SCG Muangthong United), Iain Ramsay (PT Prachuap), Luke Woodland (Ratchaburi), Manuel Ott (Ratchaburi), Patrick Deyto (Suphanburi) dan Patrick Reichelt (Suphanburi).

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League 1 musim 2020 di sini:

11 Pemain Dari Filipina Berjaya Tambat Hati 8 Kelab Dalam Saingan Thai League 1 Musim 2020

Akibat Gagal Melunaskan Gaji Pemain, Kelab Thailand Ini Terpaksa Turun Ke Divisyen Paling Bawah Saingan Thai League.

Pemain Singapura, Baihakki Khaizan Sertai Pemenang Thai League Cup 2019, PT Prachuap