2 hari lepas, peminat bola sepak Korea Selatan dikejutkan dengan kematian seorang pemain pertahanan profesional daripada kelab K-League, FC Seoul dipercayai bunuh diri menurut hasil siasatan pihak polis.

Mayat pemain yang berusia 31 tahun, Kim Nam-chun ditemui di kawasan letak kereta dalam sebuah bangunan di wilayah Songpa. Polis Seoul mendapati tidak ada tanda-tanda pengelutan dan pemain itu meragut nyawanya sendiri.

Meskipun mereka belum mengenalpasti punca sebenar, terdapat pelbagai andaian di media sosial bahawa pemain tersebut kemungkinan mempunyai masalah peribadi sehingga terpaksa mengambil keputusan  untuk meninggalkan dunia ini.

Di Asia, Korea Selatan mempunyai kadar bunuh diri yang lebih tinggi daripada Jepun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Malah, Korea Selatan turut mencatat kadar bunuh diri ke-10 tertinggi di dunia dan ke-2 tertinggi dalam negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Kebanyakan kes bunuh diri di Korea Selatan berpunca daripada masalah kewangan, kemurungan, dan penyakit mental.

Trend bunuh diri di negara itu juga sering melibatkan golongan selebriti atau artis K-Pop. 3 daripada 11 kes bunuh diri oleh selebriti mengakibatkan peningkatan kadar bunuh diri dalam kalangan penduduk.

Kim Nam-chun telah beraksi dengan kelab FC Seoul sejak tahun 2013. Beliau juga sempat menyertai Sangju Sangmu pada musim 2017 dan 2018 kemudian kembali semula ke FC Seoul.

Tahun ini, kim telah beraksi dalam 22 perlawanan termasuk aksi kelayakan AFC Champions League 2020 menentang Kedah pada bulan januari. Secara keseluruhan, beliau telah merekodkan 114 penampilan dalam saingan K-League sepanjang hidupnya.

Kali terakhir beliau beraksi dalam saingan K-League ialah pada 26 September lepas ketika menentang Suwon Bluewings. Sejak itu, beliau tidak lagi berada dalam senarai pemain simpanan atau kesebelasan utama.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Jeonbuk Hyundai Motors Raih Kejuaraan Ke-8 K League

Bintang Muda Indonesia, Bagus Kahfi Jalani Ujian Bersama Kelab Eredivisie, FC Utrecht

Sumareh Buat Penampilan Pertama Bersama Police Tero FC, Impak Positif Dipamerkan Berjaya Curi Tumpuan