Bekas pemain pertahanan kelab Liga Pro Iran, Sepahan FC iaitu Khaled Shafiei secara rasmi telah menyertau juara Liga Bangladesh, Bashundhara King dengan kontrak selama 1 tahun.

Pemain yang berusia 33 tahun itu pernah beraksi dengan FC Seoul dan merupakan pemain dari Iran yang pertama beraksi dalam saingan liga divisyen 1 Korea Selatan pada tahun 2017.

Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan AFC Champions League dan pernah membantu kelab Tractor muncul sebagai naib juara Liga Pro Iran pada musim 2014-15.

Kehadiran beliau akan memantapkan lagi barisan pertahanan Bashundhara King dalam misi mempertahankan kejuaraan liga untuk memburu slot automatik ke AFC Cup 2021.

“Kami memang mencari seorang pemain yang bagus untuk menguatkan benteng pertahanan, Kami terima banyak ‘resume’ tetapi kami memilih beliau (Khaled) kerana saya percaya dia lebih baik daripada pemain lain,” kata Presiden kelab, Imrul Hassan.

Ini kali pertama Khaled beraksi di Bangladesh kerana sepanjang karier bola sepaknya, beliau memilih untuk kembali ke Iran. Bagaimanapun, Khaled setakat ini belum pernah dipanggil ke skuad kebangsaan.

“Bashundhara King adalah kelab terbaik dan paling popular di Bangladesh. Mereka telah memberi kepercayaan kepada saya, sekarang tanggungjawab saya adalah untuk memberikan yang terbaik kepada mereka. Saya akan hadiahkan trofi kepada semua penyokong Kings,” kata Khaled Shafiei.

Selain Khaled, Bashundhara turut menandatangani dua pemain import dari Brazil iaitu Jonathan da Silveira Fernandes Reis and Robinho yang telah tiba di Dhaka bulan lepas.

Musim baharu Liga Bangladesh akan bermula pada 19 Disember ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Penyerang UAE Disahkan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Buriram United Bawa Pulang Ketua Jurulatih Paling Berjaya, Alexandre Gama Bakal Kembalikan Zaman Kegemilangan

AFC Jelaskan Sebab Qatar Dipilih Sebagai Tuan Rumah ACL Zon Timur