Kuota pemain import Kelab Bola Sepak Kedah Darul Amain (KDA FC) kini sudah lengkap sepenuhnya selepas mereka mengumumkan kemasukan pemain pertahanan baharu, Marc Vales Gonzalez semalam.

Pemain yang berusia 31 tahun itu telah  mengisi slot pemain import kuota antarabangsa ke-3 KDA FC. Sebelum ini kelab itu telah menandatangani Dechi Marcel N’guessan, Ronald Ngah Wanja (Kuota Antarabangsa), Jang Suk-Won (Kuota Asia) dan Dennis Buschening (Kuota Asean) sebagai 4 pemain import skuad hijaukuning.

Marc Vales merupakan pemain pertahanan skuad kebangsaan Andorra dan pernah beraksi di Spain, Finland, Norway dan Andorra. Kehadiran beliau memberi keterujaan buat peminat dengan reputasinya yang pernah beraksi di peringkat tertinggi eropah.

Kelab diwakilinya sebelum ini adalah Sandefjord Fotball (Norway) sejak 2018 dan menjaringkan 4 gol buat kelab tersebut.

Kedah juga merupakan pasukan pertama dari Asia yang disertainya dan mungkin memerlukan sedikit masa untuk memahami budaya bola sepak Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Perak Bangkit Semula Dengan Logo Baharu

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”

Tiada Lagi Zainal Abidin, Melaka United Umum Risto Vidaković Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Tiga Pasukan Liga Super Bakal Berentap Dalam Piala Menteri Besar Terengganu

FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak