Perlawanan menentang Malaysia dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 20122/Piala Asia 2023 pada esok nyata memberikan satu tekanan yang berbeza khususnya kepada ketua jurulatih Indonesia, Simon Mcmenemy.

Simon memberi ulasan mengenai peluang pasukan bimbingannya ketika berdepan dengan pasukan Asia Tenggara dalam kumpulan G. Jurulatih yang pernah mengendalikan pasukan kebangsaan Filipina ini turut berpesan agar pemainnya mengawal semangat serta mental mereka ketika perlawanan berlangsung bagi memastikan kesilapan yang terjadi pada perlawanan lalu tidak berulang.

McMenemy
Sumber Gambar: Sumber.com

Peminat percaya kita mempunyai peluang yang cerah (untuk menang) apabila berhadapan dengan mereka (pasukan Asia Tenggara), dan perkara itu betul. Tetapi dari perspektif jurulatih, apabila anda beraksi menentang pasukan jiran, semangat dan juga mentaliti akan menjadi pengaruh besar terhadap prestasi pemain dan mereka kadang-kala tidak dapat mengawalnya.

Perkara itu berlaku kepada pemain Indonesia pada perlawanan sebelum ini dimana mereka hilang disiplin kerana terlalu bersemangat. Kami akan beraksi di laman sendiri dan juga tempat lawan. Bagi jurulatih, sukar untuk saya meramal pemain dan itu adalah perkara yang saya tidak gemar tentang perancangan perlawanan,” katanya menurut laporan Fox Sport Asia.

Pada masa yang sama, Simon McMenemy mengaggap undian kali ini merupakan satu perkara yang positif untuk pasukannya kerana Indonesia sudah beberapa kali berdepan dengan Malaysia, Vietnam dan juga Thailand. Namun, Simon menegaskan beliau berhasrat untuk memberikan pendedahan kepada pemain Indonesia dengan menentang pasukan gergasi di rantau Asia.

Simon McMenemy
Simon McMenemy

Saya mahu pemain untuk bersaing di peringkat Asia dan bukan hanya sekadar peringkat Asia Tenggara. Apabila saya melihat undian tempoh hari, perasaan saya bercampur-baur,” ujarnya.

Setelah menghadapi Malaysia, Indonesia akan melayani kunjungan Vietnam pada 10 September mendatang.

Baca artikel lain mengenai pasukan Indonesia menjelang perlawanan menentang Malaysia di sini:

5 Pemain Indonesia Yang Perlu Diwaspadai Oleh Pemain Malaysia

Andik Vermansah Mahu Balas Dendam Kekalahan Skuad U18 Indonesia