Berita kurang enak datang daripada utara tanah air apabila sebuah pasukan dikhabarkan memaksa pemainnya untuk menamatkan kontrak mereka dan mengugut untuk tidak membayar gaji apabila enggan berbuat demikian.

Menurut laporan Harian Metro, ada sumber yang memberitahu kepada mereka bahawa Perlis United menamatkan kontrak pemain dengan cara salah tanpa notis awal kepada pemain.

“Lebih memburukkan keadaan, surat itu juga menyatakan kontrak pemain ditamatkan secara sukarela sedangkan mereka tak mahu pun.

“Pemain tak tahu nak buat apa. Mereka tiada duit jadi terpaksa sain kerana diugut pengurusan.”

“Pemain tak kisah kalau gaji April dan Mei tak dibayar sebab sedar penangguhan liga (Liga M3) disebabkan Covid-19. Tapi bila pengurusan suruh sain sebab nak bagi gaji Mac dan terus tamat kontrak pemain terpaksa jugak.”

“Saya dengar, surat itu dikumpul pengurusan kelab untuk maklumkan kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan AFL (Liga Amatur Malaysia) bahawa pemain mahu tinggalkan pasukan,” kata sumber tersebut.

Perkara ini nyata mengejutkan tatkala Liga Malaysia sedang dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Amateur Football League (AFL) harus campur tangan sekiranya perkara ini benar-benar berlaku.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Tiada Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Pada Bulan Jun

Matyo Dan Dominic Tan Mungkin Terlepas Saingan Piala AFF Suzuki 2020

Mohamadou Sumareh Sambut Baik Kehadiran Liridon Krasniqi Dalam Skuad Kebangsaan