Bekas pemain skuad kebangsaan Perancis U18, Jason Quang-Vinh Pendant yang berusia 23 tahun, kini semakin mendapat perhatian dari pihak Vietnam yang cuba membawa pemain itu untuk beraksi dengan juara AFF Suzuki Cup 2018.

Jason Pendant sebelum berhijrah ke New York Red Bulls, telah beraksi dengan kelab Sochaux yang bersaing dalam Ligue 2 di Perancis dan melakukan 100 penampilan dalam tempoh 4 musim.

Pemain kacukan Vietnam-Perancis yang ibunya merupakan warga Vietnam, dilaporkan sudah mula diperhatikan oleh VFF sejak 2 tahun lalu selepas mereka cuba mengenal pasti pemain-pemain kacukan yang berpotensi untuk menguatkan skuad kebangsaan Vietnam.

cau-thu-viet-kieu-phap-bat-ngo-thang-tien-trong-su-nghiep1583467354
Jason Quang Vinh Pendant of Sochaux during the Ligue 2 match between Paris FC and Sochaux at Stade Charlety on November 2, 2018 in Paris, France. (Photo by Aude Alcover/Icon Sport via Getty Images)

Berdasarkan beberapa maklumat lain, Jason Pendant yang memiliki ketinggian 1.77 meter ini selesa beraksi di posisi pertahanan kanan dan selalu juga diturunkan sebagai pemain pertahanan tengah ketika bersama Sochaux.

Mengikut laporan media dari Vietnam – Tinnhanhonline, VFF dan Park Hang-seo ketika ini cukup aktif memantau ‘sumber’ baru untuk memperkuatkan skuad kebangsaan Vietnam terutama pemain yang beraksi di luar negara.

Laman web Transfermarkt juga meletakkan nilai Jason Pendant sekitar €725,000 atau RM3.49 juta dan jika Jason Pendant bersetuju untuk beraksi dengan skuad kebangsaan Vietnam, beliau akan muncul sebagai pemain paling mahal dalam pasukan itu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Steve Darby: “Ramai Orang Kata Khalid Jamlus Malas, Ahmad Shahrul Azhar Kata Semua Itu ‘Sampah’ Dan Saya Ambil Dia”

Pengurus Yangon United Berasal Dari Malaysia Kongsikan Bagaimana Kelab Itu Jana RM150,000 Sebulan Dari Aset Pasukan.

“Pemain Asia Sentiasa Menjadi Mangsa Prejudis Di Eropah, Punca Utama Ramai Bakat Gagal Menyerlah” – Philippe Troussier