3 lelaki Vietnam dijatuhkan hukuman penjara diantara 15 hingga 18 tahun selepas didapati bersalah melakukan penipuan terhadap seorang wanita Vietnam.

Mahkamah bandar Delta Mekong semalam menjatuhkan hukuman tersebut dimana salah seorang dari mereka yang dikenali dengan nama Nguyen Hang Tcheuko Minh berusia 36 tahun merupakan pemain naturalisasi dalam saingan liga bola sepak Vietnam.

Nguyen Hang Tcheuko Minh atau nama asalnya Benoit Tcheuko yang berasal dari Cameroon telah menerima taraf kewarganegaraan Vietnam untuk membolehkan beliau beraksi sebagai pemain tempatan bersama kelab tempatan, menerima hukuman penjara selama 16 tahun.

Jenayah ‘scam’ cincin permata yang diketuai oleh Anthony – salah seorang dari 3 pesalah itu yang bertanggungjawab mempengaruhi Nguyen Hang Teceuko Minh bagi menyertai mereka, menyamar sebagai lelaki kaya yang tinggal diluar negara dan cuba menggoda mangsa mereka dengan tawaran hadiah berharga melalui Facebook.

Selain beberapa lagi tipu muslihat yang mereka jalankan, polis mendapati ketiga-tiga mereka telah mengutip wang sekitar USD69,000 atau RM279,690 dari mangsa yang telah diperangkap.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Hatrik Kpah Sherman ‘Bungkus’ Boeung Ket FC Dalam Perlawanan Persahabatan Pra-Musim Di Kemboja

Svay Rieng FC Jadikan Stadium Selayang Lokasi Rakaman Video Pengenalan Pemain Import Terbaru

Madura United Sertai Perlawanan Pra-Musim Di Malaysia, Terima Jemputan Dari JDT II Dan Terengganu FC.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group