Pengendali skuad kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bert van Marwijk berpuas hati dengan persmbahan yang ditampilkan oleh pemain muda pasukan bimbingannya pada perlawanan menentang Malaysia dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Menurut van Marwjik, meskipun kekurangan pengalaman, namun pemain muda yang diturunkan cepat belajar dan menyesuaikan diri dengan tempo permainan sekaligus membantu pasukan untuk meraih tiga mata pertama dalam kempen kelayakan kali ini.

Pemain Muda
Bert Van Marwijk. Sumber Gambar: UAE FA

“Kami mempunyai seramai 7 pemain muda dalam pasukan. Ianya tidak mudah tetapi mereka banyak belajar daripada perlawanan ini (semalam). Anda hanya boleh memberi pendedahan serta pengalaman berguna kepada pemain muda jika menurunkan mereka dalam perlawanan besar seperti ini.

“Kadang-kala sukar untuk mereka kerana kerana pasukan perlu meraih keputusan positif. Saya gembira pemain muda menampilkan persembahan terbaik,” kata Marwijk pada sidang media selepas perlawanan.

Pemain Muda
Pemain UAE meraikan gol kedua. Sumber Gambar: UAE FA

Antara pemain muda yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan semalam ialah pemain pertahanan, Khalifa Mubarak Al-Hammadi, Mohamad Omar Al Attas dan seorang pemain di bahagian serangan iaitu Ali Salleh Amro.

Ali Makhtoub Ali Makhbout menjadi wira UAE apabila menjaringkan dua gol sekaligus memberikan kemenangan sulung pasukannya dalam kempen kelayakan kali ini.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang UAE di sini:

Bert van Marwijk: Stadium Cantik Tapi Padang Tidak Memuaskan

Tan Cheng Hoe: Kita Bermain Baik Tetapi Tidak Dapat Kekalkan Tempo

Brendan Gan Bidas Rungutan Bert van Marwijk Berkenaan Isu Padang Stadium Nasional Bukit Jalil