Pemain muda Pulau Pinang, Owen Teo mendapat tawaran bagi beraksi bersama skuad B-19 tahun salah sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga Croatia iaitu NK Prečko Zagreb.

Perkara ini dikongsikan oleh Owen menerusi Instagram Story miliknya dimana beliau memuat naik surat tawaran yang diterima sekaligus mengucapkan terima kasih kepada Pulau Pinang.

Dalam surat tawaran yang diterima, Owen bakal beraksi bersama skuad B-19 tahun NK Prečko Zagreb selama satu musim dan akan terbang ke Zagreb apabila urusan mengenai dokumentasi serta visa selesai.

Pada masa yang sama, Owen turut menggambarkan rasa teruja beliau dan tidak sabar untuk segera beraksi bersama kelab baharunya.

Menurut perkongsian Harimau Abroad, Owen sebelum ini pernah beraksi bersama salah satu akademi terkenal iaitu Frenz United dan Brooke House College sebelum menyertai Pulau Pinang.

Owen mengikut jejak langkah beberapa pemain muda negara dengan beraksi di Eropah antaranya Luqman Hakim (KV Kortrijk), Amar Makruf (AD Alcorcon) dan V Annil (SGV Freiburg).

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Rodney Celvin Disahkan Mengalami Kecederaan Bahu

TMJ: “Kalau Nak Main Bola Dan Bunga Api, Datang Ke JDT”

JDT Semakin Hampir Bergelar Juara Liga Super Kali Kelapan