Kelab gergasi dari saingan Liga Serbia, Red Star Belgrade berjaya mendapatkan khidmat pemain muda dari Malaysia iaitu Omar Raiyan Kama Azlan.

Omar Raiyan adalah pemain berusia 16 tahun yang dilahirkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Baru-baru ini, tular di laman media sosial mengenai surat perpindahan yang dikeluarkan oleh Red Star bagi mendapatkan khidmat Omar.

Menurut perkongsian ayah Omar di laman Facebook beliau, pemain itu kini beraksi bersama skuad pembangunan Red Star Belgrade sejak Ramadan lalu.

Omar dianggap pemain tengah yang memiliki potensi untuk menyinar dimana beliau pernah menyertai akademi Manchester City pada usia 9 tahun.

Selain itu, Omar juga pernah memenangi Piala Iber pada 2019 lalu, kejohanan sama yang pernah dimenangi oleh skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada 2015.

Menurut perkongsian Harimau Abroad di Twitter, Omar bukan satu-satunya pemain berdarah Malaysia yang sedang beraksi bersama Red Star. Sebelumnya, kelab tersebut turut telah menyambar bek kiri, Adam Hamid.

Dikhabarkan pengurus skuad B-19 tahun negara, Datuk Kamarul Ariffin berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan Omar Raiyan.

Jika Omar menampilkan prestasi yang cemerlang dan konsisten bersama Red Star, tidak mustahil beliau akan dipanggil menyertai skuad B-19 tahun negara.

Baca artikel lain mengenai pemain muda Malaysia di sini:

Luqman Hakim Sah Diuruskan Oleh Ejen Berpangkalan Di London, EL-EF Sport Bakal Terokai Peluang Untuk Penyerang Muda Malaysia

Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Luqman Hakim

Kobe Chong: Satu Penghormatan Besar Untuk Wakili Malaysia