Berita gembira bagi bola sepak Malaysia apabila seorang pemain muda, Aqil Arazi Aziz menyertai kelab divisyen lima Perancis, AS Cannes.

Menurut perkongsian Harimau Abroad di laman media sosial Twitter, Aqil Arazi yang berusia 17 tahun sebelum ini beraksi bersama akademi Broke House College di England.

Aqil Arazi menerusi laman media sosial Instagram miliknya memberitahu bahawa beliau pada mulanya menjalani latihan dan pemilihan selama dua bulan.

Setelah menampilkan prestasi memberangsangkan, pemain berusia 17 tahun itu akhirnya dipilih bagi beraksi bersama Cannes sekaligus berazam untuk bekerja keras dan mahu mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Aqil Arazi Aziz mengikut jejak langkah Omar Raiyan Kama Azlan yang beraksi bersama kelab gergasi Serbia, Red Star Belgrade dan Allee Putra Azril yang beraksi bersama sebuah akademi di Sepanyol, FC Malaga City.

AS Cannes merupakan salah satu kelab yang dikenali di Perancis dimana mereka pernah melahirkan pemain bintang seperti Zinedine Zidane, Patrick Vieira dan Gaël Clichy.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain muda Malaysia yang beraksi di luar negara di sini:

Luqman Hakim Alami Kecederaan, Terpaksa Berehat Tiga Minggu

Safawi Rasid Terus Beraksi Bersama Skuad B-23 Tahun Portimonense

Omar Raiyan Tersenarai Dalam Skuad B-17 Red Star Belgrade Hadapi Musim 2020/2021