Krisis kewangan yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini myata memberi kesan terhadap pasukan apabila beberapa pemain muda skuad The Red Warriors menjadi incaran pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain seperti Nik Akif Syahiran, Nik Azli Nik Alias dan Danial Haqim Draman menjadi pemain yang disebut-sebut bakal meninggalkan Kelantan dan menyertai pasukan lain.

Nik Akif Syahiran
Sumber Gambar: Harian Metro

Perkara ini nyata merisaukan pengendali pasukan, Yusri Che Lah dimana Yusri berharap pemain muda beliau kekal bersama TRW dan berjuang bagi mengelakkan Kelantan daripada terjatuh ke saingan Liga M3 musim hadapan.

Di sini (Kelantan) mereka berpeluang beraksi bersama pasukan, namun begitu saya harap perpindahan itu tidak berlaku dan harap mereka kekal bersama dengan kami hingga hujung musim ini,” kata Yusri menurut laporan Berita Harian.

Kelantan ketika ini menghuni tangga tercorot dengan kutipan 9 mata diikuti dengan pasukan Sarawak di tangga ke-10.

Pasukan bimbingan Yusri itu perlu segera memperbaiki prestasi jika tidak mahu mengalami kejatuhan ke divisyen bawah untuk kali kedua dalam tempoh masa dua musim.