Mikel Arteta menyatakan kegembiraannya ke atas prestasi para pemain muda Arsenal yang menurutnya sudah menyerasikan diri dengan pasukan.

Arteta menghamburkan kata kata pujian kepada para pemain mudanya selepas kemenangan ke atas Sheffield United.

Arsenal diberikan tentangan sengit oleh Sheffield. Walaupun Arsenal mendahului, namun mereka disentak oleh gol penyamaan oleh. Sheffield pada minit ke-87 menerusi McGoldrick.

Arsenal terlebih dahulu mendahului pada separuh masa pertama menerusi penalti oleh Nicolas Pepe.

Namun begitu Arsenal memastikan mereka mara ke separuh akhir menerusi jaringan masa kecederaan oleh pemain dipinjam dari Real Madrid, Dani Ceballos.

Lantas Arteta menyatakan beliau kagum dengan semangat juang para pemain mudanya dalam aksi kali ini.

“Mereka [para pemain muda Arsenal] sedang menyerasikan diri dan mereka sangat sangat sedia untuk mencari banyak personaliti untuk bermain.”

“Anda boleh tengok menerusi cara mereka bermain termasuk Eddue [Nketiah] juga yang datang dan berjuang bersama dengan semua pemain lain, tanpa peduli apa jua.”

Arsenal bangkit daripada kekalahan dua kali berturut-turut selepas liga disambung semula. Dan kini mereka akan ke Wembley bagi perlawanan separuh akhir Piala FA sekali lagi.

“Kami sangat memerlukan kemenangan ini. Kami bermain 4 perlawanan away selepas rehat koronavirus. Dan ianya sangat sukar untuk anda lakukan di Liga Perdana Inggeris.”

“Harapan saya, kami akan terus mendapat momentum selepas ini.”

Mikel Arteta mengambil alih tugasan di Arsenal akan berdepan dengan Man City. Ini pertemuan kedua Arteta dengan mentornya, Guardiola sejak bila sepak Inggeris bersambung semula.

Baca perkembangan lain dari Eropah

Barkley Bawa Chelsea Ke Semifinal Bertemu Man United

Sepakan Percuma Lewat Iago Aspas Beri Real Madrid Kelebihan Ke Atas Barca

1 Gol 2 Assist Ronaldo Bantu Juve Belasah Lecce