Bekas pemain tengah Jepun, Honda Keisuke yang baru-baru ini disahkan menyertai pasukan Melbourne Victory FC dalam saingan Hyundai A-League, diumumkan sebagai ketua jurulatih baru pasukan kebangsaan Kemboja.

Dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi, Persatuan Bola Sepak Kemboja (FFC) mengumumkan bahawa Keisuke Honda sebagai ‘General Manager’ kepada skuad kebangsaan Kemboja.

Tiada sebarang maklumat jelas diperolehi, namun portal sukan Jepun mengeluarkan kenyataan bahawa Keisuke Honda akan terus beraksi sebagai pemain bersama Melbourne Victory FC dan dalam masa yang sama akan mengetuai barisan kejurulatihan Kemboja.

honda keisuke

Media Jepun juga memberitahu Keisuke Honda akan berada di Melbourne bersama pasukan Melbourne Victory FC, dan akan mengadakan perbincangan serta strategi untuk skuad kebangsaan Kemboja beberapa kali seminggu melalui ‘mesyuarat digital’ bersama staf kejurulatihan yang lain.

Kemboja akan bertemu Malaysia dalam perlawanan pertama kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 pada 8 November 2018 di Phnom Penh yang bakal menyaksikan percaturan Keisuke Honda dalam perlawanan peringkat tertinggi ASia Tenggara itu nanti.

Menurut laporan dari SoccerKing JP, Keisuke Honda memberitahu bahawa beliau mahu membantu Kemboja mencapai gaya permainan yang disasarkan selain menjadi wakil PR kepada skuad itu.

soltilo angkor

Hubungan Honda Keisuke dengan Kemboja bukanlah sesuatu yang baru, tetapi sudah bertapak disana sejak beberapa tahun lalu apabila beliau menubuhkan kelab bola sepaknya disana – Soltilo Angkor FC, yang beraksi dalam liga diviyen tertinggi negara itu.

Selain itu, juga Honda pernah beberapa kali mengadakan klinik bola sepak di Kemboja bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak Kemboja bagaimana untuk menjadi pemain bola sepak dengan latihan dan teknik yang betul.

Sumber