Skuad Harimau Malaya kalah besar dalam perlawanan terkahir peringkat kumpulan B saingan Piala AFF 2020 ditangan Indonesia, seterusnya menamatkan kempen kejohanan yang berlangsung di Singapura.

Dalam perlawanan semalam, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dilihat memberi amaran awal apabila berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 13, tetapi selepas itu semuanya menjadi serba tidak kena.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, ketua jurulatih Malaysia Tan Cheng Hoe menjelaskan bahawa punca utama kekalahan itu adalah kegagalan pemain-pemain Malaysia untuk menyaingan intensiti dan tempo pasukan Indonesia.

Berikut adalah beberapa reaksi Tan Cheng Hoe dalam sesi tersebut;

Pasukan anda memulakan perlawanan dengan baik dan mendahului perlawanan, tetapi pasukan Indonesia berjaya kembali dengan kuat dan merampas kedudukan, adakah anda rasa kehilangan Aidil dan Shahrul menjadi punca utama pasukan Malaysia menyerah kalah akhirnya?

“Pemain-pemain kami bermain baik dalam 15 minit pertama, mendapatkan gol pendahuluan. Tetapi saya rasa pemain-pemain gagal untuk menangani intensiti dan pressing dari pasukan Indonesia.”

“Dan pastinya, kami kehilangan khidmat 2 pemain pertahanan tengah (Aidil dan Shahrul), mereka mampu untuk menstabilkan bahagian pertahanan kami.”

“Secara keseluruhannya, saya fikir kami sangat kecewa dengan keputusan jaringan yang besar ini dan mahu lupakannya serta move on to the next chapter.”

Boleh coach terangkan strategi pasukan malam ini kerana kita tahu perlawanan ini kita perlu menang. Adakah intensiti pasukan Indonesia terlalu laju dan kita gagal untuk kejar mereka?

“Strategi kami adalah untuk menang perlawanan ini. Kita mempunyai gol pendahuluan dan menguasai perlawanan untuk 15 minit pertama.”

“Seperti yang saya katakan, disebabkan oleh intensiti perlawanan dan ketiadaan 2 pemain pertahanan tengah, kita gagal untuk mempertahankan kubu serta memberikan 2 sloppy goal.

“Ini disebabkan oleh intensiti dan tempo tinggi perlawanan.”

“Kita tahu bahawa Indonesia mempunyai pemain-pemain yang laju dan lincah untuk melakukan pressing kepada kami serta gagal untuk mengekang transisi yang dilakukan.”

“Kita juga tidak kuat dalam situasi 1-on-1 ketika melakukan serangan dan bertahan dan ini adalah punca kami terperangkap dengan gol pantas dari Indonesia.”

Anda sudah berdepan dengan beberapa pasukan dalam peringkat kumpulan, bagaimana anda melihat perbezaan diantara Indonesia dan Vietnam?

“Jika anda melihat kepada Indonesia dan Vietnam, mereka mempunyai persiapan yang bagus, menjalani kem latihan yang sempurna dan inilah yang mereka lakukan.”

“Malangnya, kami tidak mempunyai persiapan yang baik, dan kami memerlukan masa bagi mempersiapkan pasukan, merancang strategi atau perancangan kempen seperti ini.”

Dengan kekalahan ini, Malaysia terkeluar dari saingan edisi 2020 dan berada dikedudukan ke-3 kumpulan B.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Faisal Halim:”Jujur Kepada Semua Orang, Saya 100% Bersedia Mental Dan Fizikal Bertemu Indonesia!”

“Penganjur Goblok, AFF Mafia”, Penyokong Indonesia Mengamuk Elkan Baggott Kena Kuarantin

77.78% ‘Winning Rate’ Park Hang-seo Berdepan Pasukan ASEAN, Indonesia Dan Kemboja Bakal Menjadikannya 80%?