Pemain dari rantau Asia Tenggara kini semakin mendapat perhatian di mana kelab-kelab besar sekitar Eropah telah mengambil khidmat beberapa pemain dari Asean bagi memperkuatkan pasukan.

Perkara ini juga terjadi kepada pemain yang mempunyai pertalian darah dengan negara Asean dimana ada diantara mereka yang kini beraksi bersama kelab-kelab besar khususnya dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Di sini, kami senaraikan tujuh pemain yang beraksi di EPL mempunyai pertalian darah dengan negara Asean.

1. Alphonse Areola (Fulham)

Liga Perdana Inggeris
Sumber Gambar: Daily Canon

Penjaga gol yang baru sahaja ditandatangni oleh Fulham ini pernah ditawarkan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Filipina oleh PFA semasa beliau berusia 18 tahun. Ibu bapa Areola merupakan keturunan Filipina dan perkara ini sekaligus melayakkan beliau beraksi bersama The Azkals.

2. Ben Davis (Fulham)

Liga Perdana Inggeris
Sumber Gambar: Sports442

Davis mempunyai pertalian darah dengan Singapura dan juga Thailand dan kini beliau beraksi bersama skuad pembangunan Fulham. Davis telah memilih negara yang beliau mahu wakili iaitu Thailand di mana pemain ini sudah beraksi bersama skuad B-23 tahun negara itu.

3. Kenny Tete (Fulham)

Liga Perdana Inggeris
Sumber Gambar: Fulham

Seorang lagi pemain baharu Fulham ini mempunyai pertalian darah dengan Indonesia melalui ibunya. Tete menyatakan beliau pernah melawat kampung halaman ibunya sekitar dua tahun lalu.

4. Jairo Riedewald (Crystal Palace)

Liga Perdana Inggeris
Sumber Gambar: The Transfer Tavern

Pemain pertahanan Crystal Palace ini mempunyai pertalian darah dengan Indonesia melalui ibunya yang merupakan kacukan Indonesia-Belanda. PSSI dikhabarkan telah laman menyasarkan pemain ini untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia namun hal itu tidak menjadi kenyataan kerana Jairo pernah beraksi bersama skuad senior Belanda.

5. Pascal Struijk (Leeds United)

Liga Perdana Inggeris
Sumber Gambar: Focus On Leeds

Anak didik Marcelo Bielsa ini juga mempunyai pertalian darah dengan Indonesia melalui atuk dan nenek beliau. Meskipun begitu, namun Pasal lebih berminat untuk beraksi bersama skuad senior Belanda.

6. Nathaniel Shio Hong Wan (Wolverhampton Wanderers)

Liga Perdana Inggeris
Sumber Gambar: CGNT.com

Hong Wan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui ibunya yang berasal dari Tangkak, Johor. Kini beraksi bersama skuad pembangunan Wolverhampton Wanderers, Hong Wan pernah menyatakan beliau tertarik untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

7. Jaami Qureshi (Brighton and Hove Albion)

Liga Perdana Inggeris
Sumber Gambar: Harimau Abroad

Peminat bola sepak tanah air sudah arif dengan pemain ini. FAM pernah mempertimbangkan untuk memanggil Jaami beraksi bersama skuad B-19 tahun negara. Malah, kelab beliau juga sudah memberi pelepasan namun perkara tersebut tidak menjadi kenyataan. Namun, peluang untuk melihat Jaami berseragam Malaysia nampak cerah.

Baca artikel lain mengenai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di sini:

United Berkeras Minta €20 Juta, Smalling Mungkin Terpaksa Lupakan Roma

Highlight EPL: Gol Peluru Reece James, Havertz Hilang Bola 24 Kali Warnai Kemenangan Chelsea

Lampard Tembak Sikap Hipokrit Klopp Sindir Perbelanjaan Lebih £200 Juta Chelsea