Liga Bolasepak Amatur (AFL) menggesa agar pemain yang beraksi dalam saingan Liga M3 agar membuat laporan sekiranya mereka berdepan dengan isu tunggakan gaji bersama pasukan.

Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menegaskan sehingga saat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai isu tunggakan gaji.

Beliau turut meminta agar semua pasukan Liga M3 memberikan maklumat mengenai status pasukan selain memberi penjelasan mengenai masalah yang dihadapi selepas penangguhan liga akibat COVID-19.

Pemain
Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

“Jadi kita minta pemain membuat aduan terus kepada AFL atau MFL (Liga Bolasepak Malaysia). Kita juga minta pasukan maklumkan kepada kami berkenaan apa tindakan yang mereka ambil.

“Ia penting kerana kita akan tahu berapa pasukan yang bermasalah dan berapa pasukan yang tidak bermasalah. Kita juga mahu setiap pasukan bertanggungjawab walaupun mereka beraksi dalan liga amatur,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pemain
Tan Cheng Hoe dan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. Sumber Gambar: FAM

Baru-baru ini, terdapat khabar angin bahawa salah satu pasukan iaitu Perlis United memaksa pemain untuk menamatkan kontrak mereka.

Jika pemain enggan berbuat demikian, Perlis United dikatakan mengugut dimana mereka tidak akan membayar gaji bagi bulan Mac.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Pemain Perlis United Dipaksa Untuk Tamatkan Kontrak?

Khalid Jamlus Rungkai Misteri Pilih Jersi No.25, Steve Darby Jurulatih Paling Sempoi Dan Gaji RM7,000

Tiada Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Pada Bulan Jun