Seorang pemain pertahanan kiri skuad bawah 23 tahun Thailand, Thitathorn Aksornsri dilaporkan sudah mendapat perhatian kelab Shimizu S Pulse yang kini beraksi dalam saingan J1 League.

Menurut laporan media di Thailand, pencari bakat kelab Shimizu S Pulse telah mengesan kualiti serta keupayaan yang ada pada Thitathorn Aksornsri sejak musim 2019 ketika mereka turun menyaksikan perlawanan Police Tero FC bertemu dengan Sisaket FC.

Bermula dari situ, pihak Shimizu S Pulse nampak potensi yang dimiliki oleh Thitathorn Aksornsri dan rundingan berkenaan pemain itu telah diadakan selepas tamat saingan musim 2019 yang lalu. Pada ketika itu juga, Thitathorn Aksornsri yang berusia 22 tahun masih belum melakukan debut bersama skuad Sukan SEA Thailand yang berlangsung di Manila.

aHR0cHM6Ly9zLmlzYW5vb2suY29tL2NhLzAvdWQvMjc5LzEzOTg5MDMvODA2MjA4MDRfMjUzOTM4MjI1NTc2OTgyXzE0NDMuanBn

Walau bagaimanapun, pihak kelab beliau melalui pengurus besarnya dikatakan tidak akan melepas pemain itu terlalu awal kerana mahu menggunakan khidmatnya sekurang-kurangnya sehingga tamat separuh musim saingan Toyota Thai League 2020.

Mungkin tidak ramai mengetahui berkenaan Thitathorn mempunyai seorang adik kembar yang juga beraksi diposisi pertahanan tengah dalam skuad bawah 23 tahun Thailand iaitu Thitawee Aksornsri

81269976_2252164491759770_3184505138001739776_o

Kedua-dua pemain ini juga sudah mula mendapat perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino untuk digilap sebagai pelapis masa depan skuad kebangsaan Thailand bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

‘Posing’ Mat Yo Dalam Majlis Pengenalan Pemain BG Pathum United Musim 2020 Jadi Bualan Para Peminat.

Kontrak Kekal 2 Tahun Dengan Shimizu S Pulse Untuk Teerasil Dangda, Pengumuman Selepas Ujian Perubatan.

Akibat Gagal Melunaskan Gaji Pemain, Kelab Thailand Ini Terpaksa Turun Ke Divisyen Paling Bawah Saingan Thai League.