Anak kepada bekas pemain import Sarawak, Billy Bone iaitu Samuel Bone sah menyertai kelab divisyen utama liga bola sepak Ireland, SSE Airtricity League iaitu St Patrick Athletic.

Perkara ini dikongsikan oleh pengguna Twitter yang selalu membawa perkembangan pemain Malaysia di luar negara iaitu Harimau Abroad dimana Bone menyertai St Patrick setelah beraksi bersama Waterford FC musim lalu.

Bone merupakan pemain versatile yang mampu diletakkan sebagai pemain pertahanan dan pemain tengah. Berusia 23 tahun, beliau dilahirkam di Sarawak pada 6 Februari 1998 lalu dan pernah beraksi bersama beberapa kelab di Ireland sebelum ini.

Sebelum ini, Bone memberi bayangan bahawa beliau berminat untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya menerusi laman Instagram Story miliknya.

Mempunyai ketinggian 1.83 meter, Samuel Bome merupakan graduan daripada kelab England, Charlton FC.

Setelah meninggalkan Charlton pada 2017 lalu, Bone menyertai Shamrock Rovers dimana beliau beraksi bersama kelab itu selama satu setengah musim.

Pada awal musim 2019/2020, Samuel meninggalkan Shamrock dan menyertai satu lagi kelab Ireland, Waterford FC

Baca artikel lain mengenai perkembangan Samuel Bone di sini:

Lahir Di Sarawak Bukan Tiket Automatik Samuel Bone Sarung Jersi Harimau Malaya

Samuel Bone Berminat Sarung Jersi Harimau Malaya?

Bruno Nazario, Pemain Terbaru Yang Dikaitkan Dengan Skuad Harimau Malaya