Khabar kurang menyenangkan datang daripada kem pasukan Kedah apabila skuad Hijau Kuning itu sedang menghadapi isu tunggakan gaji pemain.

Menurut salah seorang sumber yang memberitahu Vocket FC, pemain hanya menerima gaji bulan Februari sebanyak 50 peratus manakala gaji bagi bulan Mac dan April masih lagi belum dibayar.

Kedah
Sumber Gambar: MFL

“Pemain hanya menerima separuh atau 50 peratus bagi gaji bulan Februari. Bagi bulan Mac dan April pula pihak pengurusan masih lagi belum membayar gaji mereka,” kata sumber tersebut.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengakui kantung persatuan terjejas kerana saingan liga yang dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Kedah
Asmirul Anuar Aris

Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris pandemik COVID-19 memberikan masalah kepada syarikat penaja untuk terus memberi penajaan ditambah pula dengan ketiadaan pendapatan dari segi kutipan tiket.

Bagi mengatasi masalah itu, Asmirul berkata badan induk bola sepak negeri itu sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik termasuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mengelakkan isu tunggakan gaji pemain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kantung Kewangan Kedah FA Sedikit Terjejas Akibat Wabak COVID-19

FAM Dapat Surat Kelulusan Daripada FIFA, Liridon Krasniqi Kini Layak Sarung Jersi Harimau Malaya

Brendan Gan Yakin Skuad Harimau Malaya Mampu Menewaskan UAE