Bulan Mac lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  mengumumkan kerjasama dengan syarikat jenama jam terbesar di Jepun, Casio sehingga 28 Februari 2022.

Casio juga melancarkan jam tangan Harimau Malaya dan G-SHOCK edisi terhad dengan GA-2000-1A9 sebagai model asas. Ia adalah tanda sokongan tinggi Casio kepada skuad kebangsaan yang akan kembali beraksi di dalam kelayakan Piala Dunia 2022 dan kempen Piala Asia 2023 setelah satu tahun berehat panjang akibat wabak COVID-19 tahun lalu.

harimau malaya

Malah 25 pemain yang dipilih menyertai skuad kebangsaan kali ini merupakan individu bertuah apabila mereka menerima jam tangan tersebut untuk dipakai sepanjang kem latihan pusat di Dubai pada bulan Jun ini.

Majlis penyerahan ringkas jam tangan tersebut disempurnakan sendiri oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin ketika sesi latihan hari kedua kem skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang semalam.

185255345_462543271485581_3974341553901942218_n
FOTO: FAM

Jam tangan Harimau Malaya dan G-SHOCK edisi terhad menggunakan model asas G-SHOCK GA-2000-1A9, yang hadir dengan warna hitam dan kuning, diilhamkan oleh warna tradisional Harimau Malaya dan diukir dengan logo Harimau Malaya, sekali gus menonjolkan keunikan dan gaya keunggulannya.

Casio hanya mengeluarkan 999 jam tangan Harimau Malaya x G-SHOCK edisi terhad yang tersedia di pasaran; setiap kepingan terukir dengan nombor siri bermula dari 002 hingga 999.

185198084_462543458152229_3319246744196049113_n
FOTO: FAM

Sebagai simbolik pelancaran jam tangan Casio G-SHOCK edisi terhad ini, Datuk Haji Hamidin telah menjadi individu pertama yang menerima jam tangan G-SHOCK edisi Harimau Malaya dengan nombor siri 001.

Jam tangan Harimau Malaya dan G-SHOCK edisi terhad ini datang pada harga RM579.00, ia akan turut disertakan dengan baju Harimau Malaya dan G-SHOCK, gelang tangan dan beg kertas. Jam ini boleh dibeli bermula 1 Jun ini di semua kedai Casio yang sah di seluruh Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Harimau Malaya melalui pautan dibawah,

4 Pemain Disebut Tan Cheng Hoe Yang Akan Berikan ‘Depth’ Di Bahagian Pertahanan Malaysia

Susuk Badan ‘Sado’ Luqman Hakim Dalam Kem Latihan Kebangsaan Jadi Bualan Hangat Penyokong Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Jelaskan Objektif Yang Mahu Dicapai Ketika Berdepan Kuwait Dan Bahrain

Pemain Harimau Malaya Bakal Diberikan Suntikan Vaksin COVID-19 Sebelum Ke Luar Negara