Pemain kacukan Thailand-England, Jude Soonsup-Bell berpeluang untuk membuat penampilan pertama bersama skuad utama Chelsea apabila kelab itu akan turun menentang Morecambe dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA.

Jude merupakan seorang pemain muda yang sedang meningkat naik di Chelsea apabila penyerang berusia 17 tahun ini menampilkan prestasi cemerlang bersama skuad B-18 tahun kelab dalam saingan Liga B-18 dan juga Piala FA Belia.

Baru-baru ini, dalam perlawanan menentang Barnsley B-18 tahun dalam saingan Piala FA Belia, Jude tampil memberangsangkan dimana beliau berjaya menjaringkan empat gol sekaligus membantu kelabnya mara ke peringkat seterusnya.

https://www.youtube.com/watch?v=8502_B9JCI4

Pengendali Chelsea, Frank Lampard memutuskan untuk memanggil lima pemain dari skuad pembangunan bagi menyertai sesi latihan menghadapi Morecambe dimana beliau mahu merehatkan pemain utama dan memberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi.

Selain Jude Soonsup-Bell, empat lagi pemain yang dipanggil ialah Tino Anjorin, Lewis Bate, Henry Lawrence,dan Tino Livramento.

Baca artikel lain mengenai pemain Asia Tenggara yang beraksi di Eropah di sini:

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Kesebelasan Utama KV Kortrijk

Minit Bermain Berharga Bagi Luqman Hakim

FAT Sasarkan Pemain Berusia 18 Tahun, Marcel Sieghart Untuk Gantikan Teerasil Dangda