Seorang pemain muda berusia 18 tahun yang juga merupakan pemain kacukan Sweden-Thailand dilaporkan telah melakukan penampilan pertama bersama pasukan AIK Fotboll atau dikenali sebagai AIK seperti yang dilaporkan oleh media sukan Sweden.

Eric Kahl yang ibunya berasal dari Thailand, beraksi diposisi pertahanan kiri disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad AIK ketika bertemu dengan pasukan Malmo yang berkesudahan seri 2-2.

Pemain muda itu yang menyertai AIK sejak dari kecil lagi menyatakan beliau amat berbangga selepas berjaya melakukan penampilan pertama dalam saingan bola sepak tertinggi di Sweden.

72726313_10157671708741748_8723504990146034177_o

“Saya gembira dan bangga serta terima kasih kepada Rikard kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya. Saya menyertai kelab ini sejak umur 4 tahun dan sangat bangga hari ini.”

“Dia mengatakan saya beraksi dengan baik, tetapi saya merasakan mampu mempamerkan aksi yang lebih baik lagi.”

Penampilan pertamnya itu selama 64 minit telah mendapat pujian dari ketua jurulatih Rikard Norling, yang dikatakan sentiasa membuka peluang untuk pemain muda mempamerkan aksi walaupun berdepan risiko keputusan yang tidak menentu.

eric

Beberapa musim lalu, abangnya Oscar Kahl telah menyertai TRUE Bangkok United dalam saingan Thai League 1 pada musim 2016 dan menurut maklumat terkini beliau sedang beraksi dalam saingan Thai League 2 bersama Ranong United FC.

AIK kini berada dikedudukan ke-3 saingan Allsvenskan 2020, dan sekiranya Eric Kahl mampu untuk mempamerkan aksi yang konsisten tidak mustahil beliau akan terus dipilih sebagai pemain utama pasukan tidak lama lagi.

106392956_3204117506277911_8892322515955691089_o

Pemain ini juga dikatakan antara prospek baru yang berada dalam radar bola sepak Thailand untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan sekiranya mencapai persetujuan semua pihak nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Brighton & Hove Albion FC Beri Pelepasan Untuk Jaami Qureshi Sertai Skuad AFC U19 Jika Dipilih Oleh FAM

“Walau Macam Mana Pun Keadaan Disana Saya Kena Hadaplah, Ini Impian Saya, Ini Yang Saya Nak”- Luqman Hakim

Ubi Muda Malaysia, Allee Putra Sah Sertai Akademi Bolasepak Antarabangsa FC Malaga City, Sepanyol