Kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City kini dalam proses untuk membawa masuk pemain tengah kacukan Perancis-Thailand, Thanawat Suengchittawon dari kelab AS Nancy menurut laporan daripada dailymail. 

Pemain yang berusia 20 tahun itu belum membuat penampilan sulung dalam skuad senior Nancy walaupun beliau kerap berada dalam kesebelasan utama skuad pembangunan.

Kontrak pemain itu akan tamat pada 30 Jun ini dan Leicester City berpeluang menandatanganinya secara percuma pada bulan depan.

Malah, pengurus Leicester, Brendan Rodgers sedia menyenaraikan Thanawat dalam skuad utama kerana beliau sedang membentuk ‘squad depth’ yang mantap bagi menghadapi saingan UEFA Champions League.

Difahamkan Thanawat menjadi pilihan pemilik kelab itu dari Thailand setelah mereka gagal mendapatkan ubi muda dari Bulgaria, Filip Krastev yang memilih untuk menyertai Manchester City.

Thanawat dilahirkan di Perancis namun ibu bapa beliau berasal dari Thailand. Selain itu, prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Thanawat turut menyaksikan beliau pernah dipanggil untuk beraksi bersama skuad B-17 tahun Perancis.

Berdasarkan darah keturunan, Thanawat layak untuk menyertai skuad kebangsaan Thailand namun belum pernah dipanggil setakat ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Pemain Kacukan England-Thailand, Ben Davis Lanjutkan Kontrak Bersama Fulham

Safee Sali Bersaing Sengit Dengan Nguyen Van Quyet Rebut Anugerah Gol Akrobatik Terbaik AFC Cup

Shin Tae-yong Mula Kecewa Dengan Sikap PSSI, Akui Tidak Tahan Lagi