Pemain Kacukan Malaysia-Finland, Nooa Lainen menandatangani kontrak bersama kelab divisyen pertama liga bola sepak Finland iaitu SJK Seinäjoki .

Menurut perkongsian salah satu pengguna Twitter yang selalu membawa berita mengenai pemain Malaysia yang beraksi di luar negara, iaitu Harimau Abroad, Nooa menandatangani kontrak bersama SJK selama dua musim.

Nooa merupakan pemain berusia 18 tahun dan beliau beraksi di posisi tengah, lebih tepatnya sebagai pemain tengah menyerang selain mampu beraksi sebagai pemain sayap.

Pada musim 2019/2020, Nooa Laine beraksi bersama pasukan simpanan HJK iaitu Klubi 04 di saingan divisyen empat Finland dimana beliau membuat 26 penampilan dan berjaya menjaringkan lima gol.

Selain itu, pemain kelahiran Jyväskylä pada November 2002 lalu ini juga pernah dipanggil untuk beraksi bersama pasukan muda skuad kebangsaan Finland.

Menurut laporan Veikkausliiga, Nooa Laine gembira kerana beliau dapat menandatangani kontrak bersama pasukan utama dan menyifatkan SJK Seinäjoki mempunyai fasiliti terbaik di Finland.

Nooa menyertai beberapa pemain muda negara lain yang beraksi di Eropah seperti Luqman Hakim (KV Kortrijk) dan Jaami Qureshi (Brighton and Hove Albion).

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain muda Malaysia yang beraksi di luar negara di sini:

Minit Bermain Berharga Bagi Luqman Hakim

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Kesebelasan Utama KV Kortrijk

Jaami Qureshi Tandatangani Kontrak Selama Dua Tahun Bersama Brighton & Hove Albion