Seorang pemain kacukan Malaysia-Filipina yang berusia 17 tahun, Ezekiel Jhiun Wiey Ae atau lebih dikenali sebagai Ziggy telah mengikat kontrak pemain bola sepak profesional bersama kelab Global Makati FC yang kini beraksi dalam saingan Philippines Football League (PFL), hierarki bola sepak tertinggi Filipina.

Ziggy yang pernah dibimbing oleh Craig Morrais, seorang jurulatih dari Little League Soccer selama 2 tahun sebelum kembali ke Filipina apabila bapanya yang merupakan warganegara Malaysia mendapat tawaran kerja disana.

ba73b953-358f-4f19-b313-0aa9c1a38912

VocketFC yang telah menemubual ibunya, Maureen memberitahu sekembalinya mereka ke Filipina, Ziggy merupakan kapten kepada pasukan Colegio San Agustin Makati dan pernah dinobatkan sebagai penyerang terbaik dalam kejohanan peringkat National Capital Region, dimana pasukannya muncul sebagai naib juara.

Posted by GOM Pro Skills Program on Sunday, 11 August 2019

Selain itu, Ziggy juga turut berlatih dibawah bimbingan Darren Hartmann sejak tahun 2015 dalam program Great Oak Manor (GOM) Center of Excellence. GOM merupakan sebuah pusat kecemerlangan yang memberikan fokus kepada pembangunan akar umbi bola sepak di Filipina.

915e1299-72f2-4210-8a8d-2d552a25bd12

Most Valuable Player dalam kejohanan Speed Regalo YFL Festival 2019.

Screenshot 2019-08-13 at 12.19.21 PM

Beberapa hari yang lalu, pasukan Global Makati FC telah membuat pengumuman mengenai pemain-pemain baharu yang menyertai pasukan mereka untuk musim 2019, dan Ziggy merupakan salah seorang daripadanya serta pemain paling muda dalam skuad tersebut.

Apa yang lebih menarik, sejurus diumumkan sebagai pemain terbaru pasukan, Ziggy terus berada dalam senarai pemain yang akan bertemu Stallion Laguna dalam saingan liga.

First 11 for today’s game against Stallion Laguna FC ⚽️

Posted by Global Makati FC on Saturday, 10 August 2019

Perkembangan Ziggy perlu diberikan perhatian dan diikuti dengan rapat bagi memantau prestasinya diperingkat kelab. Ziggy masih muda dan banyak lagi ruang untuk beliau berkembang dalam karier profesional sebagai pemain bola sepak.

Mungkin ada yang skeptikal apabila seseorang pemain itu beraksi dalam sebuah liga yang kita anggap sebagai kurang berkualiti, tetapi bola sepak Filipina semakin cepat berkembang dan tidak mustahil akan menjadi lebih baik tidak lama lagi.

Pada ketika ini, Ziggy masih belum memilih untuk menyarung jersi The Azkals atau Harimau Malaya, tetapi dari apa yang disampaikan kepada VocketFC, ibunya tidak menghalang Ziggy untuk membuat pilihan bila sudah sampai masanya.

Sebagai rekod, Global Makati FC pernah beraksi dalam saingan AFC Cup musim 2015, 2017 dan 2018. Pada tahun 2017 juga, pasukan ini turun beraksi dalam saingan kelayakan Play-Off AFC Champions League namun terhenti apabila tewas kepada Brisbane Roar.

Meneruskan saingan dalam AFC Cup 2017, Global Makati FC layak sehingga saingan separuh akhir ASEAN Zonal tewas kepada Home United dibawah bimbingan Aidil Sharin Sahak, jurulatih pasukan Kedah sekarang.

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group