Seorang pemain kacukan Malaysia-Fiji berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama Phillip Leong dilaporkan telah dipanggil menyertai pasukan kebangsaan bawah 20 tahun Fiji.

Phillip Leong yang kini beraksi dengan pasukan Suva FC dalam saingan Fiji Premier League, mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui bapanya yang berasal dari Taiping, Perak.

phillip leong suva fc

Perkembangan mengenai Phillip Leong ini telah dimuatnaik di laman sosial Twitter Harimau Abroad yang sentiasa berkongsi maklumat berkaitan pemain-pemain bola sepak kacukan Malaysia yang beraksi diluar negara.

Berdasarkan rekod Konfederasi Bola Sepak Ocenia (OFC), Phillip Leong pada tahun lalu telah tersenarai dalam skuad bawah 19 tahun Fiji dalam kejohanan OFC U19 Championship 2018, bertemu dengan pasukan Vanuatu, Kepulauan Solomon dan New Caledonia.

Dalam perkembangan lain, Harimau Abroad turut menyatakan bahawa sehingga kini Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 40 orang pemain kacukan dan  yang beraksi di 19 buah negara berbeza.

Mungkin selepas ini prestasi serta perkembangan pemain-pemain ini boleh dipantau dengan lebih rapi untuk diserap kedalam skuad kebangsaan jika memiliki kemampuan serta kualiti yang tinggi.

Artikel lain yang berkaitan dengan pasukan bola sepak Malaysia seperti dibawah.

Tan Cheng Hoe Tidak Tolak Kemungkinan Lebih Ramai Pemain Kacukan Digunakan

Pemain Kacukan Malaysia-Filipina Berusia 17 Tahun, Tandatangan Kontrak Profesional Bersama Global Makati FC

5 Pemain Berdarah Kacukan Mungkin Berada Dalam Radar FAM