Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers (Wolves) memberikan kontrak profesional kepada pemain pertahanan kacukan Belanda-Indonesia, Justin Hubner.

Hubner yang menyertai Wolves pada awal tahun ini merupakan salah satu dari sembilan pemain yang diberikan biasiswa oleh kelab dan beliau juga menyinar bersama skuad B-18 tahun musim lalu.

Selain beraksi bersama skuad B-18 tahun, Hubner turut diserap masuk dalam skuad B-23 tahun dimana beliau baru-baru ini menjaringkan gol dalam satu perlawanan persahabatan menentang Sheffield United.

Ketua Pembangunan Wolves, Scott Sellars nyata gembira kerana Hubner menandatangani kontrak bersama kelab itu dan langkah seterusnya ialah memastikan Justin beraksi secara kerap bersama skuad B-23 tahun.

Justin Hubner mengikut jejak langkah seorang lagi pemain kacukan iaitu Hong Wan yang mempunyai darah Malaysia dalam skuad akademi Wolves musim ini.

Hong Wan baru-baru ini tersenarai dalam perlawanan menentang Leeds United dalam saingan Premier League 2.

Baca artikel lain mengenai pemain kacukan yang beraksi di Eropah di sini:

Pemain Liga Perdana Inggeris Yang Mempunyai Pertalian Darah Dengan Negara Asean

FAT Sasarkan Pemain Berusia 18 Tahun, Marcel Sieghart Untuk Gantikan Teerasil Dangda

FAT Mahu Panggil Pemain Kacukan Berpangkalan Di Luar Negara Hadapi Piala AFF 2020

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group