Pemain kacukan Malaysia-Singapura-Jerman, Armin Maier Rafi dilihat menjalani ujian bersama pasukan pembangunan Selangor iaitu Selangor II.

Armin terlibat dalam aksi perlawanan persahabatan antara Selangor II menentang Perak II baru-baru ini yang mana kemenangan berpihak kepada Perak II dengan keputusan 4-3.

Pemain Kacukan
Sumber Gambar: Perak TBG

Sebelum ini, pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Singapura B-22 tahun itu menjalani ujian bersama pasukan pembangunan Johor Darul Ta’zim iaitu Johor Darul Ta’zim II.

Namun, tiada perkembangan lanjut sama ada pemain kacukan itu diserap masuk ke dalam skuad JDT II.

Selangor II yang dibimbing oleh Michael Feichtenbeiner bakal diperkuatkan oleh beberapa pemain lulusan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) seperti Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal serta Sikh Izhan Nazrel pada saingan Liga Perdana musim ini.

Baca artikel lain mengenai Armin Maier yang telah kami sediakan di sini:

Kobe Chong Dan Armin Maier Bakal Perkuatkan Skuad Malaysia B-23

5 Pemain Berdarah Kacukan Mungkin Berada Dalam Radar FAM

KDN Sedia Luluskan Permohonan FAM