Juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa memastikan kebajikan pemainnya menjadi keutamaan apabila mendapatkan khidmat terbaik untuk merawat kecederaan yang menimpa tonggak pasukan itu.

Terbaharu, pemain pertahanan kelab tersebut, S. Kunanlan telah menjalani pembedahan pergelangan tangan bersama pakar bedah berkelas dunia di Barcelona iaitu Dr Jaume Perramon Llavina.

Menurut kenyataan daripada Johor Southern Tigers, Dr Jaume merupakan bekas doktor skuad bola baling dan bola keranjang kebangsaan Sepanyol. Kehadiran Kunalan di sana turut ditemani oleh konsultan perubatan JDT, Dr. Juan Manuel Boffa.

Dr.-Juan-Manuel-Boffa
Dr. Juan Manuel Boffa. GRAFIK: JST

Boffa, yang juga merupakan pakar perunding perubatan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City, adalah pakar dalam bidang perubatan sukan dan pendidikan jasmani, serta traumatologi bola sepak.

Beliau mempunyai pengalaman luas bekerja dengan Pep Guardiola, telah menjadi perunding medik pasukan senior kelab Inggeris tersebut sejak tahun 2016. Beliau juga pernah bekerja sebagai doktor dengan ‘Catalan Football Federation Insurance Fund’ dan hospital Quirón Salud di Barcelona, ​​pengkhususan dalam pembedahan ortopedik dan traumatologi.

Kolaborasi beliau bersama JDT adalah untuk menyediakan khidmat konsultasi kepada skuad Harimau Selatan dan juga telah merawat kecederaan yang dialami pemain lain seperti Natxo Insa, Syafiq Ahmad, Gary Steven Robbat dan Darren Lok.

Jangan lepaskan peluang untuk membaca perkembangan terkini pasukan JDT melalui pautan dibawah.

Delegasi JDT Ke Itali Belajar Cara Pengurusan Bola Sepak Juventus

Carlos Tevez Bakal Sertai JDT Musim Depan?

Piala Malaysia 2019: JDT Pasukan Pertama Tempah Tiket Separuh Akhir