Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain tengah skuad kebangsaan Indonesia, Ricky Kambuaya dikaitkan dengan salah satu pasukan yang beraksi di saingan Liga Super iaitu Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Perkara ini dikongsikan oleh laman bola sepak Indonesia di Twitter, Indotransfer dimana Terengganu dikhabarkan berminat untuk mengambil khidmat Ricky.

Ricky masih mempunyai baki kontrak bersama kelabnya, Persib Bandung sehingga tahun 2024 dan Terengganu perlu membayar yuran perpindahan sekiranya mahu membawa masuk pemain itu.

Nama Ricky Kambuaya mula menjadi perhatian peminat bola sepak di rantau Asia Tenggara setelah membantu Indonesia mara ke perlawanan akhir saingan Piala AFF Suzuki pada awal tahun ini.

Namun, beliau gagal untuk membantu Indonesia muncul sebagai juara buat pertama kali selepas tewas kepada Thailand pada perlawanan akhir dengan keputusan 6-2 secara agregat.

Ricky merupakan seorang pemain yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal selain beliau mampu untuk membuat hantaran tepat ke pada rakan sepasukan. Pemain berusia 26 tahun ini juga sentiasa menjadi pilihan ketua jurulatih skuad Garuda, Shin Tae-yong untuk tampil dalam kesebelasan utama.