Pemain import pasukan Kedah, Edgar Bernhadt tampil cemerlang bersama skuad kebangsaan Kyrgyzstan dalam perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang pasukan Myanmar di Stadium Spartak semalam.

Edgar berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan yang dimenangi oleh Kyrgyzstan dengan keputusan 7-0 sekaligus meraih kemenangan pertama dalam kempen kelayakan kali ini.

Pemain Import

Sumber Gambar: MFL

Pemain berusia 33 tahun itu membuka tirai jaringan seawal minit kelima permainan apabila bijak memanfaatkan peluang dalam kawasan penalti lawan.

Pemain yang menyertai Kedah pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia itu menggandakan jaringan pada minit ke-10 menerusi satu tandukan hasil daripada hantaran daripada Kairat Zhyrgalbek Uulu.

Edgar berjaya mendapatkan jaringan ketiga beliau pada minit-minit terakhir perlawanan menerusi sepakan penalti selepas Viktor Maier dijatuhkan. Empat lagi gol Kyrgyzstan dijaringkan oleh Alimardon Şukurov (2 gol), Valery Kichin dan Gulzhigit Alykulov.

Dengan kemenangan ke atas Myanmar, Kyrgyzstan kini menghuni tangga ketiga dalam carta kumpulan F di belakang pasukan Jepun dan Tajikistan.

Baca artikel lain mengenai Edgar Bernhadt di sini:

Edgar Bernhardt Sah Sertai Pasukan Kedah

Edgar Bernhadt Teruja Hadapi Pentas Akhir Piala FA

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group