Wabak Coronavirus (COVID-19) nyata memberi kesan mendalam terhadap sukan bola sepak di semua pelusuk dunia dimana beberapa pasukan mengambil langkah melakukan pemotongan gaji bagi memastikan pasukan tidak berbelanja terlalu besar ketika saingan ditangguhkan buat sementara waktu.

Baru-baru ini, kelab yang beraksi dalam saingan V-League, Ho Chi Minh City FC mengambil pendekatan pemotongan gaji dan perkara itu telah mendapat persetujuan daripada pemain dan staf kejurulatihan pasukan .

Ho Chi Minh City FC
Nguyen Cong Phuong, salah seorang pemain bintang HCMC FC. Sumber Gambar: Ho Chi Minh City FC

Pengerusi HCMC, Nguyen Huu Thang mengesahkan perkara ini dan bukan sahaja pemain serta staf kejurulatihan yang bersetuju untuk pemotongan gaji, malah pihak pengurusan juga menyokong tindakan tersebut bagi meringankan beban kelab.

Tambah Huu Thang, pihak kelab juga memberikan sumbangan sebesar 400 Juta Dong atau RM72 Ribu yang merupakan bonus pemain kepada Jawatankuasa Rakyat Bandar Raya Ho Chi Minh bagi membantu memerangi penularan wabak COVID-19.

Sama seperti saingan Liga Malaysia, saingan V-League turut ditangguhkan sehingga 15 April ini kerana penularan wabak tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Inisiatif JDT Pemotongan 33% Gaji Untuk Sumbangan Tabung Bencana Jadi Tumpuan Media Thailand

Lapan Pemain Import Termahal Dalam Saingan Liga Super 2020

Akira Nishino Dibenarkan Pantau Sesi Latihan Pemain Bersama Kelab