Dunia futsal Asia menerima kejutan apabila pemain futsal wanita skuad kebangsaan Iran, Elham Sheikhi dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Coronavirus (Covid-19).

Menurut laporan daripada women.ncr, penjaga gol yang berusia 23 tahun itu telah meninggal dunia pada 26 Februari lalu di Hospital Kota Qom selepas mengadu sesak nafas dan kesakitan di bahagian paru-paru.

Sheikhi juga merupakan pemain kelab futsal professional iaitu Sepahan dan beliau merupakan atlet sukan yang pertama Iran meninggal dunia akibat wabak Coronavirus.

Kematian Sheikhi telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara Asia sehingga memaksa Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengadakan mesyuarat tergempar untuk berbincang mengenai isu tersebut bersama pemegang taruh pada minggu depan.

Penularan wabak Coronavirus juga telah menjejaskan perjalanan liga di negara Jepun, Korea dan China termasuk saingan AFC Champions League.

Sehingga hari ini, korban nyawa yang meninggal dunia akibat penyebaran wabak ini telah mencapai 2,858 orang di seluruh dunia.

Sebahagian besar korban adalah datang daripada China – khususnya Wuhan yang menjadi tempat lahirnya wabak ini. China setakat ini mencatatkan 2,788 orang yang meninggal dunia.

Manakala Iran pula telah menjadi negara kedua terbanyak yang meninggal dunia disebabkan coronavirus selepas China. Dengan jumlah kes yang dicatatkan adalah sebanyak 245 kes dan telah mengambil 26 nyawa.

Terdapat dua orang penting dalam kerajaan Iran yang dilaporkan telah dijangkiti dengan wabak ini.

Massoumeh Ebtekar, yang bertanggungjawab mengurus kementerian wanita dan keluarga dilaporkan positif. Manakala Mojtaba Zonnour – seorang ahli politik dan ulama Syiah – turut sama dijangkiti dengan wabak coronavirus.

Baca artikel lain berkaitan dengan penularan wabak coronavirus di Asia sehingga menjejaskan aktiviti bola sepak. 

AFC Adakan Mesyuarat Tergempar Bincang Isu Wabak Coronavirus

J.League Umum Tunda 94 Perlawanan Liga Dan Piala Liga Sehingga Pertengahan Mac 2020 Akibat COVID-19

RASMI: AFC Ubah Jadual 3 Perlawanan Pertama AFC Champions League Akibat Isu Coronavirus Di China

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group