Kelab-kelab terkemuka di seluruh Eropah enggan menandatangani pemain dari Liga Perdana Inggeris yang telah menolak vaksin Covid.

Ini kerana kelab kelab besar di Eropah terutamanya yang akan bermain di pertandingan seperti UCL dan UEL sudah sedia berdepan potensi lonjakan jangkitan varian baharu, menurut laporan The Sunday Telegraph.

Dua daripada pemain pasukan utama Chelsea, Ruben Loftus-Cheek dan N’Golo Kante, kedua-duanya telah diketepikan daripada jelajah pramusim kelab itu ke Amerika Syarikat minggu ini, kerana “status vaksinasi Covid mereka.”

Peraturan semasa kerajaan AS mengisytiharkan bahawa vaksinasi Covid adalah wajib untuk semua pelawat yang bukan warga AS.

Oleh itu, banyak kelab tidak bersedia untuk meneruskan minat atau rundingan terhadap mana-mana pemain yang belum diberi vaksin.

Di liga domestik di Itali dan Perancis, vaksinasi adalah diwajibkan kepada pemain selepas peningkatan jangkitan pada musim sejuk lalu walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan. Terutama dalam kes mereka yang sudah bermain di sana pada masa itu dan telah menolak vaksin.

Tetapi untuk pemain yang baru ditandatangani, mereka tidak boleh mengelak daripada vaksinasi penuh.

Satu sumber berkata bahawa pada musim panas ini, ada kelab yang menghentikan panggilan telefon serta merta selepas mengetahui pemain yang mereka mahukan tiada vaksin. Ini kerana mereka tidak mahu menanggung kesulitan di kemudian hari.

Pemain seperti Loftus-Cheek dan Kante kini mungkin mendapati diri mereka sukar untuk menarik minat dalam mana-mana liga teratas Eropah tanpa status vaksinasi Covid yang jelas.

Loftus-Cheek, 26, mempunyai baki dua tahun dalam perjanjian sedia ada dan ketika dia menikmati sesuatu yang baru di bawah jurulatih Thomas Tuchel musim lalu.

Sebelum ini Chelsea menyatakan bahawa mereka akan mendengar tawaran untuk pemain itu. Namun malangnya buat masa ini, tiada kelab berminat mendapatkannya.

Kante, 31, mempunyai satu tahun lagi dalam perjanjian Chelsea dan sempat menikmati satu perpindahan besar terakhir apabila dia mencapai status ejen bebas musim panas depan.

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris mendapati sukar untuk menjual pemain pasukan utama dalam usaha mengurangkan beban gaji terlalu tinggi.

Bagi pemain yang tidak divaksin, buat sementara ini, kelab mungkin bersedia untuk membuat pengecualian dalam beberapa kes. Namun kelab mendapati terlalu banyak masalah untuk ditampung – terutamanya jika jangkitan terus meningkat. Para pemain berdepan larangan memasuki beberapa negara tertentu.

Mengikut tahap protokol sekiranya berlaku wabak Eropah, pemain yang tidak divaksin tidak akan dapat melakukan perjalanan bersama rakan sepasukan.