Susulan kejayaan memenangi saingan Piala AFF B-19 tahun, beberapa pemain skuad B-19 tahun negara dikhabarkan bakal dipanggil untuk menyertai pasukan senior di bawah bimbingan Kim Pan-gon.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam namun setakat ini masih belum diketahui pemain mana yang akan dipanggil oleh Pan-gon.

Beberapa pemain muncul sebagai nadi utama skuad B-19 tahun negara ketika muncul juara dan penglibatan mereka dalam pasukan senior merupakan satu perkara positif bagi bola sepak tanah air sekiranya dipanggil.

Antara pemain yang menyinar ialah Najmudin Akmal yang menjaringkan dua gol ketika aksi peringkat kumpulan. Haykal Danish juga tampil cemerlang di bahagian serangan dimana beliau juga menjaringkan satu gol ketika aksi separuh akhir dimana pasukan negara menewaskan Vietnam dengan keputusan 3-0.

Faiz Amer dan ketua pasukan, Aysar Hadi turut tampil dengan baik di bahagian pertahanan dan kedua-dua pemain dilihat mempunyai potensi untuk dipanggil bagi menyertai pasukan senior.

Skuad B-19 Tahun
Faiz Amer. Sumber Gambar: FAM

Pasukan negara akan menghadapi siri perlawanan persahabatan antarabangsa pada September ini sebagai persiapan menjelang saingan Piala AFF Mitsubishi Electric dan juga temasya Piala Asia pada tahun hadapan.

Pan-gon dijangka memanggil sebahagian besar pemain yang beraksi ketika saingan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 pada Mei lalu dan dijangka bakal memanggil muka baharu bagi menggantikan pemain yang tidak menampilkan aksi terbaik ketika peringkat kelayakan.

Masih belum diketahui pasukan mana yang akan menjadi lawan Malaysia namun dikhabarkan pasukan yang menduduki ranking lebih tinggi berbanding Malaysia di Ranking FIFA akan menjadi lawan kepada skuad Harimau Malaya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Hassan Sazali Mahu Malaysia Bertemu Indonesia Sebelum Hadapi Kelayakan AFC B-20

Malaysia Lunas Dendam Ke Atas Laos, Muncul Juara Kejuaraan AFF B-19 2022

Liga Super 2022: Forestieri Muncul Wira JDT Tewaskan Sabah Di Saat Akhir