Saingan divisyen ketiga Liga Malaysia, Liga M3 tidak membenarkan pembabitan pemain dan jurulatih asing bagi musim 2021.

Saingan yang dimulakan pada 2019 itu menyaksikan kelibat pemain dan jurulatih asing dan perkara ini dianggap menutup ruang serta peluang bakat tempatan memandangkan saingan Liga Super dan Perdana turut menggunakan tenaga import.

Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata keputusan untuk tidak membenarkan kelibat pemain dan jurulatih import diambil setelah mendapat pandangan dari Datuk Ong Kim Swee.

Asing
Photo by Malaymail

“Kami mahu pemain dan jurulatih tempatan mendapat peluang yang lebih untuk meneruskan karier mereka dalam saingan Liga Malaysia.

“Ini juga bakal menjadi peluang kepada Liga M3 untuk mengenal pasti bakat sedia ada untuk diserap masuk ke dua saingan tertinggi iaitu Liga Super dan Perdana.

“Kami mahu semua pasukan agar berjimat dengan perbelanjaan mereka untuk musim ini. Semua terkesan dengan pandemik COVID-19 dan kami berpendapat tiada kebenaran untuk pemain import akan mengelakkan masalah seperti isu tunggakan gaji,” kata Yusoff menurut laporan NST.

Tambah Datuk Yusoff, Armed Forces ada membuat rayuan bagi mengekalkan ketua jurulatih import mereka namun pihak AFL kekal dengan keputusan yang telah dibuat.

Bagi saingan musim 2021, permohonan 14 pasukan telah diterima manakala enam lagi sedang diteliti.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Thomas Dooley Sedia Bantu Sri Pahang Jika Khidmatnya Diperlukan

Skuad KDA FC Terima Suntikan Vaksin Dos Pertama

Terlalu Bangga Seri Bertemu JDT II, Adakah Ini ‘Sign of Insecurity’ Michael Feichtenbeiner Sebenarnya?