Gelanggang keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sememangnya dikenal sebagai salah satu stadium terbaik di rantau Asia.

Sorakan puluhan ribu penyokong setia pasukan negara menambahkan lagi keagungan SNBJ, malah pemain yang pernah beraksi di peringkat tertinggi juga memberikan pujian terhadap atmosfera Bukit Jalil.

Bekas pemain skuad kebangsaan England, Jay Bothroyd yang kini beraksi bersama kelab Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo nyata kagum dengan sokongan peminat bola sepak tanah air terhadap pasukan negara di SNBJ.

Bothroyd mula beraksi di Asia sejak 2014 apabila beliau menyertai kelab Thai League 1, Muangthong United. Bothroyd kemudiannya berhijrah ke Jepun dengan menyertai Jubilo Iwata pada 2015 dan beliau beraksi selama dua musim.

Pada 2017, Bothroyd menyertai Consadole Sapporo dan beliau berganding bersama Chanathip Songkrasin di bahagian serangan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan Malaysia di sini:

Brendan Gan: Tiada Yang Mampu Menandingi “Atmosphere” Stadium Nasional Bukit Jalil

Brendan Gan Yakin Skuad Harimau Malaya Mampu Menewaskan UAE

Kuwait Uji Kekuatan Harimau Malaya Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada Bulan November

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group