Bekas pemain Kelantan yang dikatakan tiada dalam perancangan jurulatih Fajr Ibrahim musim lalu, Do Dong-Hyun kini sah menyarung jersi kelab Gyeongnam FC – Naib Juara K League 1 2018, selepas pengumuman rasmi dibuat oleh pihak kelab melalui laman sosial Facebook mereka semalam.

Do Dong-Hyun memulakan karier dalam bola sepak Malaysia pada 2017 apabila menyertai pasukan UiTM FC sebelum menyarung jersi Kelantan pada musim 2018. Pada pertengahan musim jurulatih Fajr Ibrahim tidak menyenaraikan Do Dong-Hyun dalam senarai pemain yang tiada dalam perancangannya dan menyebabkan beliau seolah-olah digantung tidak bertali.

Mengikut laporan dari Stadium Astro, UiTM FC mahu meminjam Do Dong-Hyun dari pihak Kelantan tetapi pihak KAFA hanya mahu UiTM FC membelinya kembali.

“Gajinya kini bersama Kelantan agak tinggi daripada bajet kami, jadi saya terpaksa melupakan untuk mendapatkan khidmatnya.

Beberapa jam sebelum jendela perpindahan kedua musim 2018 ditutup, Do Dong-Hyun menyertai Terengganu FC selepas digugurkan dari pasukan Kelantan.

Satu Kumpulan Dengan JDT Dalam AFC Champions League 2019

Gyeongnam FC yang mengumpul 65 mata dalam saingan KLeague 1 musim 2018 dibelakang Jeonbuk Hyundai sah berada dalam kumpulan E saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2019 bersama-sama dengan Juara Liga Super Malaysia 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Mengikut jadual, skuad Gyeongnam FC akan bertemu JDT pada 12 Mei 2018 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos dalam perlawanan ke-2 peringkat kumpulan.